in , ,

Kita Juara Hariz Fayahet & Bunga Sempena Anugerah Ikon Sukan Harian Metro

Lagu ini adalah bersempena dengan Anugerah Ikon Sukan Harian Metro yang akan disiarkan secara langsung di TV9 pada hari Ahad, 8 Januari 2023 jam 8.30 malam.

Dua suara berbeza genre, Hariz Fayahet & Bunga kini mempersembahkan single terbaharu yang menyuntik semangat orang ramai, Kita Juara! Lagu ini adalah bersempena dengan Anugerah Ikon Sukan Harian Metro yang akan disiarkan secara langsung di TV9 pada hari Ahad, 8 Januari 2023 jam 8.30 malam.

Lagu Kita Juara ini merupakan hasil ciptaan Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh, usahasama Alternate Records Sdn Bhd dan CH-9 Sdn Bhd ini boleh didengar di saluran rasmi YouTube Alternate Records & Talents bermula 23 Disember 2022, pukul 9 malam.

KITA JUARA - BUNGA _ HARIZ FAYAHET

Penyanyi rap dan finalis Anugerah Juara Lagu ke-36, Bunga Isme atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini berasa bersyukur kerana dapat berkolaborasi dengan penyanyi pop bersuara merdu Hariz Fayahet.

Menurut Bunga, “Ini kali pertama saya berduet dengan Hariz Fayahet dan saya sangat teruja kami dapat peluang membawakan lagu yang berunsur semangat kesukanan ini. Selain senang berduet bersama, saya harap lagu ini dapat menyuntik rasa bangga akan industri sukan tanah air kepada para pendengar. Teruskan menyokong atlet-atlet negara yang terus berjuang untuk mengharumkan nama tanah air dan nantikan lagu duet terbaharu kami!” 

Menurut Hariz Fayahet, lagu Kita Juara ini memberinya semangat untuk terus bekerja dengan lebih keras. “Harapan saya adalah untuk lagu ini menjadi inspirasi bagi para pendengar untuk terus berusaha dengan lebih keras dalam kehidupan harian kita. Setiap orang mempunyai potensi untuk menyumbang dalam mencapai impian masing-masing. Apa yang penting adalah bagaimana kita gunakan semangat tersebut untuk terus maju kehadapan. Saya berharap lagu ini dapat menyuntik semangat tersebut, dan turut mendorong pendengar untuk rasa bangga akan industri muzik dan sukan tanah air. Saya harap para pendengar dapat terima lagu ini dan terus memberi sokongan kepada karier muzik saya di masa hadapan.” 

Di usia 28 tahun ini, Hariz Fayahet telah mencapai beberapa kejayaan dalam bidang muzik. Antaranya berjaya menjadi Naib Juara Lagu Cinta Kita 3 (LCK3) dan kejayaan paling besar adalah menjadi penyanyi OST bagi drama terbitan TV3, Sekali Lagi Cinta Kembali berjudul Ku Cuba yang telah mencapai 100 juta tontonan di TikTok sehingga kini.  

Buat julung kalinya, Anugerah Ikon Sukan diadakan bagi memberi fokus kepada industri sukan tanah air, sekaligus mengiktiraf sumbangan atlet-atlet yang mengharumkan nama negara. 

Inisiatif meraikan ikon-ikon sukan oleh Harian Metro ini akan berlangsung pada 8 Januari 2023 dan disiarkan secara langsung di TV9 pada pukul 8.30 malam, sementara 7.50 malam untuk acara karpet merah. Malam anugerah ini juga boleh di strim langsung secara HD di www.tonton.com.my. 

Turut disertakan adalah lirik lagu Kita Juara:

Komposer: Firdaus Rahmat (Faithful Music) & Iqie Hugh (Faithful Music)

Lirik: Firdaus Rahmat (Faithful Music) & Iqie Hugh (Faithful Music)

Produser Muzik: Iqie Hugh 

Post-Chorus:

Wooahhhh satu suara!

Wooahhhh kita juara!

Verse 1:

Aku mengatasi

S’gala yang mustahil

Halangan, cabaran kita harungi

Ku mampu berdiri

Kerna tanah air

Aturkan strategi jadi realiti

Apa saja tohmahan mereka

Tetap kita bersatu dan maju

Kerahkan tenaga

Kita ada kita

Kibarkan jalur gemilang mu

Pre-Chorus:

Bara api

Genggam tangan ke atas

Kekal aktif

Gerakanmu yang pantas

Semangat! Sihat! Kuat!

Bersama!

Chorus:

Kita gempur tempur go go!

Negaraku berjuang

Kita gempur tempur go go!

Walau apa pun kesukaran

Semangat breakthrough

We know we can do

Terus maju, jangan putus asa

Gempur tempur go go!

Hidupkan jiwa kemenangan

Verse 2:

Woah, Merah menyala

Semangat perpaduan kita menyerlah

Like,

Woah, kita sehala

Dari setiap sudut dari mula hingga juara

Dengar, itu laungan dari dalaman

Boleh tahu dari bersalaman

So no doubt

Kita paling buas, kita takkan puas

Ayy!

Jelas ku bangga, semangat negara ku pikul rata

Ayy!

Pantang di cabar, taring keluar bila dalam litar

Cerita sini dah habis sini

Mulut di kunci, badan terbukti

Biar gerak geri jadi saksi

Yang dulu di mimpi now jadi realiti

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dapur Tempur

Juara Dapur Tempur Milik Pasangan Masam Manis, Paling Berbaloi

Big Bad Wolf Books

Big Bad Wolf Books & Yayasan KRU Bergabung Promosi Budaya Baca Buku