in ,

Program Lifeline di RTM, Kongsi Inspirasi Doktor Pakar

Bidang perubatan adalah untuk seumur hidup. Untuk mengharunginya seseorang itu memerlukan kesungguhan, minat, kerana apabila mengambil keputusan terjun dalam bidang perubatan bermakna individu itu sanggup mendedikasikan kehidupan seumur hidup membantu pesakit yang memerlukan bantuan.

Bersama Dr. Liyana D., Radio Televisyen Malaysia (RTM) program “Lifeline” yang memaparkan kisah seorang doktor berkongsi pengalaman juga kepakaran dalam bidang masing-masing yang sedang bersiaran setiap Khamis, pukul 8.00 pagi menerusi TV Okey. 

Menariknya program ini turut menonjolkan sisi berbeza doktor pakar ini daripada sudut pandang isteri, anak-anak, rakan-rakan dan juga jururawat di hospital tempat doktor ditemu bual bertugas. 

Episod pengenalan program setengah jam ini membawakan pakar perubatan berpengalaman iaitu Dr. Rashidi Saidin, Pakar Buah Pinggang berkongsi suka-duka penglibatannya kira-kira sedekad lalu dalam bidang perubatan.

poster Lifeline

Hos turut menemubual beliau bagi berkongsi pendapat tentang pengambilan makanan tambahan yang seringkali diambil masyarakat kita dalam menjalani kehidupan seharian. Isunya disini bila pengambilan berlebihan apakah kesan sampingannya? Dan apakah ianya boleh jadi penyebab kepada penyakit buah pinggang?

Tahukah anda juga dalam perubatan pergigian terdapat beberapa bidang kepakaran yang boleh dipelajari oleh anda dan bukan sahaja berkaitan dengan rawatan pergigian biasa? Paparan minggu seterusnya akan membawakan kepada anda seorang Doktor Pakar Bedah Mulut dan Maksilofisial yang juga merupakan salah satu bidang kepakaran pergigian, iaitu Dr. Rifqah Nordin. 

Beliau kini juga merupakan salah seorang Pensyarah dan Doktor Pakar yang berkhidmat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Turut dikongsikan cara penjagaan gigi dan mulut terbaik untuk diamalkan dalam kehidupan seharian. 

Lifeline minggu berikutnya memaparkan kisah seorang Doktor Pakar Bedah Tangan & Mikrosurgeri yang berkhidmat di Thompson Hospital Kota Damansara yang bercerita tentang pengalaman beliau sepanjang bertugas dan cabaran terpaks dilalui beliau.

Pernah tak dulu-dulu anda mempunyai cita-cita menjadi seorang doktor dan juga seorang juruterbang? Atau mungkin ada adik-adik kami yg sekarang dalam dilema ingin memilih kerjaya samada nak jadi pilot atau doktor? Jangan bimbang kerana menyusul episod berikutnya perkongsian dengan seorang Doktor Pakar Penerbangan iaitu Lef.Kol. (B) Dr. Amei Farina dalam program ini. Bukan sahaja pakar dalam bidang kedoktoran, malah beliau juga pakar mengendalikan Pesawat Perjuang! Hebat bukan?

Ketahui juga disebalik kerjaya Doktor Anestetik, Dr. Zool Raimy Abdul Ghaffar. Namun adakah anda tahu ia sinonim dengan panggilan pakar bius yang realitinya memainkan peranan yang lebih luas daripada hanya membuatkan individu tidur sebelum menjalani pembedahan.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

What do you think?

49 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Big Hit & Universal Music Group Umum Perkongsian Strategik Yang Diperluaskan

Fakta Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Menonton LAYLA MAJNUN di Netflix