in , ,

Mula Menyanyi di Usia 5 Tahun, Fikry Kiki Kini Ada Single Pertama Berjudul REALITI CINTA

Fikry Kiki atau nama sebenarnya Muhammad Fikry Izzudin Bin Mohd Fuad, seorang remaja yang berbakat besar dan berasal daripada Melaka, yang kini menjangkau usia 17 Tahun ini telah terkenal dalam bidang lakonan. Kini berjaya melahirkan single pertama berjudul REALITI CINTA.

Realiti Cinta merupakan single sulung yang dinyanyikan oleh Fikry Kiki. Lagu yang bergenre balada ini telah dihasilkan oleh komposer & penulis lirik terkenal tanah air iaitu L.Y & Baiduri. Realiti Cinta telah menceritakan mengenai kisah sebenar yang terjadi terhadap sesebuah cinta yang hanya indah dipermulaan hubungan. Kisah ini sering kita lihat terjadi dikalangan remaja kini.

Setiap orang yang menjalinkan hubungan cinta akan mengharapkan sesuatu pengakhiran yang indah. Namun tidak semua memilikinya. Terhasilnya lagu Realiti Cinta ini adalah berdasarkan pemerhatian terhadap remaja zaman kini yang sering kecewa kerana cinta.

Fikry Kiki Realiti Cinta
Fikry Kiki

Realiti Cinta telah diberikan kepada Fikry Kiki untuk dijadikan single sulungnya. Fikry Kiki yang sebelum ini terkenal dalam bidang lakonan telah menerima lagu ini dengan baik dan menyampaikan lagu ini secara sendiri berdasarkan vokalnya yang mantap. Ini menjadikan lagu ini mempunyai rasa yang tersendiri dan mampu menyentuh perasaan setiap pendengar.

Fikry Kiki yang telah memasuki bidang seni sejak berusia 5 tahun, dan telah menyertai pelbagai program terkemuka dan mempunyai vokal yang unik menjadikan Tuan L.Y & Puan Baiduri tertarik untuk melamar beliau sebagai artis rakaman Kelarai Sakti.

Fikry Kiki atau nama sebenarnya Muhammad Fikry Izzudin Bin Mohd Fuad, seorang remaja yang berbakat besar dan berasal daripada Melaka, yang kini menjangkau usia 17 Tahun ini telah terkenal dalam bidang lakonan.

Antara lakonannya yang terbaru adalah slot Astro ceria iaitu SMK. Fikry Kiki sering menyertai program di Astro Ceria dan mendapat sambutan yang luar jangkaan daripada para penonton sehinggakan Fikry Kiki dikenali di kalangan pencinta saluran tersebut.

Fikry Kiki Realiti Cinta
Fikry Kiki

Berikut sebahagian program yang telah disertai oleh Fikry Kiki:

  1. Pertandingan akhir Bintang Kecil Kebangsaan 2013/2014
  2. Johan Bintang Kecil Melaka 2013
  3. Mewakili Semenanjung Malaysia ke Separuh Akhir Bintang Kecil201/2014 di Sarawak.
  4. Tempat ke 3 Pertandingan Ceria Pop Star Musim ke 3 AnjuranAstro 2015
  5. Artis Jemputan persembahan di hadapan Perdana MenteriMalaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di Kediaman Rasmibeliau. (2010)
  6. Artis Jemputan persembahan di hadapan Yang Dipertuan AgongTuanku Mizan (2010).
  7. Artis Jemputan persembahan di hadapan Ketua Pengarah UnescoMadam Irina Bokova dan Timbalan Perdana Menteri MalaysiaSempena lawatan rasmi beliau di Kuala Lumpur (2010)
  8. Persembahan JAMBORI Pengakap Antarabangsa Melaka (2010)
  9. Artis jemputan persembahan Delegasi dari Radio TelevisionBrunei (RTB) dan Radio Republik Indonesia (RRI) Bersama RTMMelaka dan RTM Angkasapuri (2013)
  10. Penerima Anugerah Pengarah dari Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Melaka bagi penglibatan dalam bidang kokurikulum (2017).
  11. 11. Memegang watak sebagai Azlan dalam sketsa bertajuk Chopp yang ditayangkan di saluran Astro Ceria 2015/2016.
  12. 12. Memegang watak sebagai Aidin dalam telemovie bertajuk “Sedikit Waktu” arahan Khabir Bahtiar yang ditayangkan di Astro Ria HD 2016.
  13. 13. Menyertai Sketsa mengaji bersama Upin dan Ipin yang ditayang kan di Astro Ceria bersama-sama Ustaz Yop (PU).
  14. 14. Berlakon sebagai Watak “Qayyum” dalam drama bersiri “tak ada cinta sepertimu” arahan En Jamal Khan terbitan Suhan Movies Production untuk siaran Astro.
  15. Menjadi Host untuk program KIDIPEDIA terbitan Astro 2017.
  16. Menyertai Konsert Diraja anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia. 2019.

Fikry Kiki telah menyertai pelbagai program nyanyian dan lakonan yang dianjurkan oleh pelbagai pihak termasuk agensi Kerajaan Malaysia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fakta Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Menonton LAYLA MAJNUN di Netflix

Artis Miniatur Buat Penampilan Dalam Rancangan Snapchat Bersama Ryan Reynolds