in

Lawak Johan dalam Destinasi Cinta Bersama AirAsia

Kepada penggemar-penggemar pelawak terkenal, Johan Raja Lawak… haha, jangan lupa untuk menonton Destinasi Cinta Bersama AirAsia esok (Rabu) jam 10 malam di Astro Ria.

Detik-detik romantis Johan Raja Lawak dan isterinya berbulan madu di Koh Samui, Thailand telah dipilih untuk bersiaran dalam episod pertama esok. Pastinya, akan menggamit penonton untuk terus melekat di kaca TV.

Budiey yakin ramai yang akan menonton program ini kerana ia akan menyelongkar realiti pasangan selebriti semasa berbulan madu. Selain tips pelancongan, kita dapat mengenali tempat-tempat yang menarik untuk korang lawati dan desinasi sesuai untuk berbulan madu.

Nak tahu lawak Johan dalam program ni, jangan lupa tonton ya

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gossip Leuniey Natasha Bersiap Untuk Bertunang Dengan Khairul Fahmi

Pelakon Qazem Nor Mahu Saman Penganjur Batal Majlis Resepsi