in , ,

Anak Sulung Johan & Ozlynn Sambung Belajar Di Ireland, Bakal Bergelar Doktor

Tahniah buat Anak Pelawak Terkenal Johan & Ozlynn Sambung Belajar Di Ireland, Bakal Bergelar Doktor. Semoga Menjadi Sumber Inspirasi Kepada Anak Muda di Luar Sana!

Memetik portal Astro Gempak, anak sulung Johan dan Ozlynn iaitu Ariq telah berangkat ke luar negara untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan di Dublin, Ireland semalam. Semoga segalanya berjalan lancar dan sukses selalu kami ucapkan.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Ozlynn turut memuat naik video dan gambar momen anaknya itu bersama keluarga.

Ozlynn berkata meskipun anaknya itu sudah meningkat dewasa namun tetap manja dengan mereka, malah adakalanya masih tidur dengan Johan.

johan

“Tak malu dah besar panjang mintak dukung, mintak suap makan, mintak korekkan telinga, mintak potongkan kuku, mandi kalau papa dia ketuk suruh bukak pon dia selamber jek bukak. Tidur ketiak papa lagi.. kadang mintak papa buatkan susu sebelum tidur,”

– Ozlynn

Ozlynn berkata Ariq kini perlu hidup berdikari serta mendoakan semoga Allah sentiasa memelihara anaknya itu dan dipermudahkan segala urusan dalam menimba ilmu.

“Ya Allah, peliharalah anak kami Ariq, permudahkanlah segala urusannya, terangkanlah hatinya dalam menimba ilmu, kuatkan imannya dlm beribadah.. Cekalkan hatinya dalam menempuh ujianmu dan berkatilah setiap ilmu dan rezeki yang kau berikan aamiin,”

– Ozlynn

Selain Ariq, Johan dan Ozlynn turut dikurniakan lima lagi cahaya mata iaitu Sodiq, Haziq, Cantiq, Moleq dan baru menimang seorang lagi cahaya mata pada 3 September lalu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Azid Azidee Tampil dengan Karya Solo Pertama Berjudul MEMILIHMU Hadiah Buat Isteri Tercinta

SAJAT

Kecoh Sajat Guna Kereta Api Lolos Ke Thailand, Ini Jawab KTMB