in

Gossip Leuniey Natasha Bersiap Untuk Bertunang Dengan Khairul Fahmi

Ini lagi satu penafian yang Budiey baca kat Portal Gua, model iklan wangian Simplysiti yang berusia 21 tahun, Leuniey Natasha menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya beliau dan penjaga gol skuad negeri Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat sedang sibuk melakukan persiapan majlis pertunangan mereka.

Gosip ini mula hangat diperkatakan setelah tersebar gambar di Instragram milik Apex dan seorang pereka fesyen tempatan Ezuwan Ismail yang menunjukkan pasangan ini sedang memilih kain di sebuah kedai.

Bagi mendapatkan pengesahan mengenai gosip yang timbul, GUA telah menghubungi pemilik nama Nur Eilunie Natasha Nazri ini dan berikut merupakan reaksi beliau mengenai isu yang timbul.

“Sebenarnya kami pergi beli kain sebagai persiapan untuk menyambut Hari Raya Haji ini. Mungkin akan ada pihak yang kata tidak mungkin sempat untuk saya menyiapkan baju raya saya namun isu tidak sempat ini tidak timbul memandangkan Ezuwan merupakan rakan saya, jadi bila-bila masa saja sempat nak siapkan baju saya.”

Mengulas lanjut mengenai hubungan cintanya dengan Apex, Leuniey memberitahu,

“Setakat ini hubungan kami berjalan seperti biasa dan belum ada perancangan apa-apa lagi untuk ke fasa seterusnya. InsyaAllah jika kami nak tunang atau berkahwin kami akan cakap dan tidak sorok,”

Ditanya adakah beliau akan turun padang bagi menyokong kekasihnya itu ketika perlawanan akhir Piala Malaysia 2012 pada 20 Oktober ini, Leuniey memberitahu, “Belum pasti lagi sebab saya bekerja jadi kena lihat pada jadual saya dulu,” ujarnya mengakhiri perbualan.

Gossip Leuniey Natasha Bersiap Untuk Bertunang Dengan Khairul Fahmi

SimplySiti Perfume

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Exclusive Samsung Giveaways at GALAXY Note II Roadshow

Lawak Johan dalam Destinasi Cinta Bersama AirAsia