in , ,

Jozan Bakal Bintangi Filem Baik Punya Ah Long Arahan Datuk Afdlin Shauki

SEBUT Jozan, pasti peminat tidak kering gusi setiap kali melihat telatah duo pelawak popular, Johan dan Zizan Razak.

SEBUT Jozan, pasti peminat tidak kering gusi setiap kali melihat telatah duo pelawak popular, Johan dan Zizan Razak.

Pernah menjuarai Maharaja Lawak Mega 2012, Jozan kini jarang dilihat bergandingan menghiburkan peminat disebabkan kesibukan jadual masing-masing.

JOHAN ZIZAN JOZAN

Memetik Harian Metro, Zizan ketika ditemui berkata, dia tidak menafikan jadual kerjanya yang padat menjadi antara faktor dia dan Johan jarang tampil membuat persembahan bersama.

Bagaimanapun, Zizan yang cukup dikenali menerusi filem Polis Evo dan Abang Long Fadil menyatakan persahabatan Jozan tetap berjalan baik seperti dulu.

Saya dan Johan sedar kita sudah lama tidak keluar dengan produk baharu, malah ramai peminat Jozan juga sentiasa menantikan gandingan kami.

“Kami masing-masing sibuk. Johan setiap hari harus ke udara sebagai penyampai radio Hot FM, manakala saya pula sekiranya tidak ke lokasi penggambaran, sudah tentu sibuk menguruskan perniagaan.

“Menerusi syarikat ZR Project yang ditubuhkan untuk menganjurkan konsert, saya kini sibuk dengan projek pertama iaitu Konsert ST12 dan Nidji Live In Sabah yang berlangsung hari ini,” katanya.

– Zizan

Apapun, berita baik buat peminat Jozan ialah apabila mereka bakal muncul dalam filem arahan Datuk Afdlin Shauki berjudul Baik Punya Ah Long.

JOHAN ZIZAN JOZAN

Ia dijangka ditayangkan hujung tahun ini atau awal tahun depan.

Dalam pada itu, Zizan berkata, mereka merancang mengadakan persembahan pentas berkonsepkan muzikal komedi seperti Lawak Ke Der beberapa tahun lalu.

Zizan berkata, persembahan itu akan menerapkan unsur tarian dan nyanyian yang keseluruhannya disampaikan Jozan.

“Ia seperti kita menonton persembahan Disney tetapi ini versi Melayu. Namun, buat masa ini ia masih dalam perancangan kerana kami masih berdepan kekangan masa dan idea.

“Saya tidak mahu ia dibuat sambil lewa. Biarlah segala persiapan termasuk skrip menjadi sebuah karya berkualiti. Sayang jika tidak dibuat bersungguh-sungguh kerana peminat sudah lama menanti buah tangan terbaru Jozan,” katanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

NOAH

NOAH Kembali Ke Malaysia Adakan Konsert di Mega Star Arena Kuala Lumpur

GAZA PALESTIN

Empat Hospital di Gaza Lumpuh, Pesara Perubatan Diminta Kembali Bertugas