in

Lavida Go Bola Dato Seri Vida Kini Mula Trending

Selepas kejayaan lagu Lavida Raya, sebuah lagu hasil ciptaan Cat Farish dan Mohd Hilmi ini sememangnya mendapat perhatian orang ramai kerana lagunya yang ‘cathcy’ dan rancak. Tambahan pula, lagu itu membuatkan para pendengar ingin menyanyi dan turut sama menari. Kini Mula Trending

Lavida raya juga di antara lagu viral yang banyak mendapat ‘share’ di kalangan pengguna sosial media massa, jadi tidak hairanlah jika lagu itu menjadi trending nombor satu di laman youtube selama dua minggu berturut dan mencapai empat juta tontonan.

Dato Seri Vida

Kini Dato Seri Vida (DSV) muncul lagi dengan lagu baru yang berjudul ‘Lavida Go Bola’ bersempena dengan musim World Cup 2018. Sebuah lagu yang rancak, fresh dan up to beat, sudah pasti membuat para peminat tegar bola turut serta merasai semangat dan kehangatan musim perlawanan bola tahun ini.

Lavida Go Bola, bukan sahaja di nyanyikan oleh DSV malah Mimi Fly juga turut serta dalam penyampaian lagu ini di mana beliau sebagai rapper. Pemibikinan muzik video ini juga turut menampilkan Cik B dan Kacak serta gerak geri tarian yang sudah pasti menarik perhatian orang ramai untuk turut serta apabila menonton muzik video Lavida Go Bola.

Lagu hasil ciptaan Cat Farish, Illegal dan Mimi Fly pasti bakal membakar semangat dan jiwa para penyokong dan peminat bola di luar sana.

Saksikan muzik video Lavida Go Bola di Youtube Seventeen Eleven Music:

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

FTISLAND, EXID, MONSTA X Antara Yang Perform di Festival Muzik K-Wave 3

Segalanya Tentang Konsert Rockstars & Konsert Metal Legend II Live In JB