in , ,

Netizen Sokong Dato’ Seri Vida Tidak Kisah Cik B Potong Rambut Persis Lelaki

Baru-baru ini, penampilan terbaru anak kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida iaitu Cik B menjadi perhatian ramai apabila dilihat tampil berambut seperti seorang lelaki.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Vida berkata dia tidak kisah Cik B tampil dengan imej sedemikian serta mahu anaknya itu meneroka ketika berada di zaman remaja serta melakukan apa yang disukainya.

“Bagi masa untuk Cik B, biar dia buat apa yang dia suka, explore zaman kanak-kanak remaja,”

– vida

Menurut Vida, zaman remaja Cik B tidak sama seperti mereka seusianya kerana dia sudah diberi tanggungjawab menguruskan perniagaan Salmon Skin Salted Egg.

“Cik B membesar tak sama macam orang lain .Saya dah bagi dia handle business Salmon Skin Salted egg,”

– Vida

Perkongsian Vida itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan pendapat usahawan itu yang memberi anaknya menikmati zaman muda namun masih dalam pantauan.

Bagaimanapun, seperti sudah dijangka ada segelintir netizen mengkritik usahawan itu yang membiarkan Cik B meniru gaya rambut lelaki.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Izara Aishah

Ada Apa Dengan Sabella dan Izara Aishah?

Aina Abdul | 16

Penyanyi Aina Abdul Sambut Ulang Tahun Kelahiran Ke-29 Hari Ini