in , ,

Trend di TikTok, Alyph Menampilkan Dato’ Seri Vida Dalam Single SWIPE

Sejak memeriahkan radar muzik bertahun-tahun yang lalu, penyanyi rap handalan Singapore ALYPH mempamerkan kematangan dan perkembangan dalam perspektifnya sekali gus menjadi terbaik dalam kalangan rakan seangkatan.

Single terbarunya, ‘SWIPE’ disuntik elemen romantik dan yakin diri kini dilancarkan pula menerusi Def Jam Malaysia dan Singapura. 

Sering dikaitkan dengan ramai nama besar dalam hip hop Asia Tenggara, ALYPH membuktikan bahawa corak pemikirannya tersendiri, tajam dan lantang memartabatkan hip hop Singapura ke tahap tertinggi. 

Baru-baru ini dia juga menang anugerah Young Songwriter of the Year anjuran Composers and Authors Society of Singapore (Compass) tahun ini. ALYPH muncul kembali dengan ‘SWIPE’ yang menyentuh aspek harga diri dan keyakinan pada era percintaan menerusi aplikasi dan terpencil sekarang. 

Meskipun melodinya cukup pantas menangkap halwa telinga pendengar, ALYPH mengakui bukan tugas mudah melunaskannya: 

“Bukan senang nak jadi yakin setiap masa, jadi saya ingin hasilkan lagu yang mampu cetuskan rasa itu.” 

Bagi memberi gambaran realistik mengenai hal itu, dia menjadikan seseorang sebagai rujukan yang cukup tepat dan tidak munafik berdekad lamanya. Yakni beliau adalah usahawan dan selebriti jutawan Datuk Seri Vida (DSV). Ramai tahu, beliau sering mendapat liputan, dan tidak pernah gagal menjentik khalayak untuk bercakap mengenainya. 

Alyph Menampilkan Dato' Seri Vida Dalam Single Swipe

“Saya inginkan seseorang yang langsung tak malu jadi dirinya dan pada masa sama, punyai luka silam serta kejayaan depan mata. Beliau sangat sempurna dengan karakter itu,” jelas ALYPH. Frasa pernah diucapkan DSV juga menjadi pembuka lagu terbabit dan bertepatan dengan alur semangatnya. “Asalkan kamu ada hala tuju, apa nak kisah?” 

Muzik video lagu berkenaan juga sekali gus cukup menarik, mendapat sentuhan pengarah kreatif dan pejuang kebudayaan Shahrin Bahar yang sebelum ini pernah berkhidmat dengan ramai rakan hip hop seangkatan ALYPH. Keluar dari kepompong lebih suka bekerja sendiri, ALYPH perlu akur untuk berikan laluan kepada Shahrin berkarya ikut kreativitinya. 

Menurut Shahrin, muzik video itu diinspirasikan daripada visi dan pesona ALYPH menerusi warna-warna terang, kata kunci yang padu, suntingan pantas, dan kejutan lain, agar lebih menghiburkan untuk tontonan peminat. “SWIPE adalah sebuah platform untuk ALYPH menonjolkan dirinya sebagai artis prolifik, pamer elemen yang sinonim dengan visi dan pesonanya,” kata Shahrin.

“Saya sudah terbiasa selalu mahu uruskan segalanya sendiri tapi kali ini ada idea yang tidak menjadi dan lain-lain,” akui ALYPH. “Itulah sebab saya belajar bekerja dengan sebuah pasukan besar untuk pastikan semua sepakat, termasuk DSV. Memang ia agak mencabar, namun sangat berbaloi.” 

SWIPE kini boleh dinikmati menerusi semua platform digital, manakala muzik videonya boleh ditonton di Youtube. Strim di sini. 

Alyph Menampilkan Dato' Seri Vida Dalam Single Swipe
Alyph Menampilkan Dato' Seri Vida Dalam Single Swipe
Alyph Menampilkan Dato' Seri Vida Dalam Single Swipe

LIRIK LAGU SWIPE – BACA LIRIK 

Aku ada type

Kalau aku like, aku like

Kalau tak

Aku swipe

Swipe

Aku ada type

Tak kisah, hype k  e tak hype

Kalau aku like, aku like

Kalau tak

Aku swipe

Swipe

Tak nak jaga hati

Lebih baik aku jujur

Dah banyak situasi yang ku mengalami

Biar takde yang ku kesali

Dulu diorang beritahu kena buat macam ni

Kalau tak, confirm takle pergi

Bila aku tak dengar

Mereka kata ego tinggi

Tak pandai bawak diri

Korang boleh pergi m-

Baby, aku ada type

Kalau aku like, aku like

Kalau tak

Aku swipe

Swipe

Aku ada type

Tak kisah, hype ke tak hype

Kalau aku like, aku like

Kalau tak

Aku swipe

Swipe

‘Ngada-ngada

Bagi secubit nak segenggam’

Diam

Skarang aku nak segalanya

Amacam?

Cabaran

Buat kebaikan masa depan, kau kena letak jawatan

Amacam?

Aku nak susah kan hidup kau? Tak

Kau da terbiasa orang dengar cakap

Kau da leka, itu sebab kau stuck

Bagi otak, aku lap, aku wipe

Bagi lega, lega

Lega lega lega lega lega

Kau dibebas dera

Kau dapat nikmati warna Senja (Ooouuu)

Itu aku Like

Pada hujung hari

Aku susun sepuluh jari

Moga yang tak bersetuju akan buka hati

Psyche!

Korang boleh m-

Aku ada type

Kalau aku like, aku like

Kalau tak

Aku swipe

Swipe

Aku ada type

Tak kisah, hype ke tak hype

Kalau aku like, aku like

Kalau tak

Aku swipe

Swipe

Mengenai ALYPH 

Bermula dari bawah kemudian menjadi pencipta lagu hit paling berjaya di Asia Tenggara, kisah seni ALYPH memang cukup mengagumkan. Bintang rap, penerbit muzik, dan penulis lagu kelahiran Singapura itu jauh dan berliku perjalanannya untuk mencapai kemuncak karier yang mana setiap karyanya kini tinggi nilainya. 

Lagu terakhir terbitannya untuk K-Clique berjudul Mimpi meledak sebagai antara lagu paling menggegar arena hip hop Malaysia dan lebih 45 juta tontonan muzik videonya setakat ini. Meraih jumlah lebih 218 juta tontonan, 45 juta penstriman terhadap himpunan lagu terbitan, tulisan, dan nyanyiannya, peranan ALYPH memperhalus lagi hip hop Malaysia dan Singapura sukar dipertikai. ALYPH awalnya muncul sebagai anggotanya duo Singapura iaitu SleeQ, kemudian bertatih sebagai artis solo dan penerbit yang cukup bertuah diberi kepercayaan menghasilkan lagu untuk nama-nama ikonik termasuk Joe Flizzow, Kaka Azraff-, K-Clique, Zizan Razak, De Fam, dan Adira. Laluannya menuju ke puncak itu asalnya cuma bermula dari rumah. 

Lahir dalam keluarga yang sangat hargai muzik dan seni, kecintaannya terhadap muzik disemarakkan lagi dengan sebuah penemuan: Dapat meneroka pelopor hip hop Malaysia, Too Phat. Melihat atmosfera hebat dipersembah Too Phat dalam TV membuka mata ALYPH bahawa hip hop mampu membentuk dan ceritakan identiti tempatan. Sama ada dimulakan dari rumah, kisah berkait kampung halaman, dan jadi bermakna buat masyarakat sendiri. 

Selama beberapa tahun, ALYPH berusaha kembangkan produksi muziknya sendiri iaitu Magic Potions, melakar nama ke depan dengan kejayaan lagu SleeQ, Pilihlah Aku dalam arena hip hop Singapura, kemudian sebarkan bakat artistiknya di luar sempadan. 

Mengenai Def Jam South East Asia 

Sejak pelancaran penuh revolusi pada 2019, Def Jam South East Asia semakin berkembang pesat menampilkan bakat segar selain menjadi bumbung kepada artis meningkat naik, pelbagai bangsa, bertutur banyak bahasa, termasuk Yonnyboii dari Malaysia, A. Nayaka (Indonesia), RIGHT (Vietnam), IronBoy (Thailand) dan 8 BALLIN’ (Filipina) selain Yung Raja dari Singapura. 

Label itu berjaya mencipta evolusi dalam menggerakkan industri hip hop dengan 28 bakat mengujakan dari seluruh rantau ini dan pantas meninggalkan impak tersendiri. Ia termasuk penganjuran Coach x Def Jam SEA Virtual Concert yang menampilkan 13 artis dari empat 

negara, kerjasama bersama kelab bola sepak JDT untuk hasilkan lagu rasminya berjudul Pioneers hasil sentuhan maestro hip hop, Joe Flizzow serta legenda Snoop Dogg. 

Def Jam South East Asia menjadi peneraju utama masa depan hip hop Asia kerana terus mengangkat generasi baharu artis ke barisan hadapan, baik di sekitar rantau sini mahupun pentas global. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senandung Malam

Payung Teduh X Pusakata, Efek Rumah Kaca Bersenandung di Zepp KL

Portal Featured Zero 6 3 | 18

Majlis Anugerah Cholan Film Festival 2022 Mengenang Jasa Artis Tamil Malaysia