in , ,

Lamar Shila Amzah Di Taman Tema, Netizen Tak Sangka Ubai Romantik

Umum mengetahui, penyanyi Shila Amzah selamat mengikat tali pertunangan bersama influencer, Ubai pada 27 Mei lalu dalam sebuah majlis tertutup.

Baru-baru ini, Ubai dilihat ada memuat naik video di aplikasi TikTok miliknya memaparkan dia melamar Shila untuk menjadi bakal isterinya di sebuah taman tema, Sunway Lagoon.

Menerusi video itu, Ubai melamar Shila dengan membuat kejutan memaparkan ‘banner’ yang tertulis di belakangnya ‘sudikah awak berkahwin dengan saya’.

Riak wajah Shila dilihat sangat terkejut dengan kejutan yang dibuat oleh kekasihnya itu serta bersetuju dengan lamaran berkenaan.

Perkongsian Ubai itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tumpang gembira dengan kejutan dibuat untuk Shila itu.

Malah, ramai yang sebak dan menangis melihat cara Ubai menghargai Shila meskipun perbezaan usia mereka yang ketara. Malah, ada netizen mengatakan mereka tidak sangka Ubai seorang yang romantik serta memuji Shila dilihat sangat bahagia kerana bertemu lelaki yang tepat.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

POLIS EVO 3

Polis Evo 3 Berjaya Kutip RM30 Juta Dalam Masa 10 Hari Pertama Tayangan

Shukri Yahaya Kemalangan Di Litar, Netizen Tuntut Ezzrin Loy Mohon Maaf