in ,

Isu MV LAKAR JANJI Azharina Ketinggalan Zaman, Ini Jawapan dari Dr Irma

Lagu LAKAR JANJI ciptaan Dr Irma Shida mengambil tempoh lebih setahun untuk disiapkan sepenuhnya kerana mahu memberi hasil berkualiti.

Baru-baru ini, semasa pelancaran muzik video LAKAR JANJI anjuran Dr. Irma Entertainment, Azharina ada mengatakan lagu LAKAR JANJI adalah sebuah lagu paling mahal dihasilkan sepanjang 18 tahun karier seninya. Khabarnya, kosnya mencecah lima angka.

AZHARINA

Namun, selepas beberapa jam dilancarkan di YouTube, muzik video single terbaharu juara Gegar Vaganza 3 itu telah menerima pelbagai komen negatif yang kurang memberangsangkan.

Rata-rata, netizen berpendapat muzik video itu ketinggalan zaman dan tidak menarik.

“Sayangnya, lagu dah best tapi MV macam nak save budget je, sepatutnya all-out untuk MV baru orang akan datang tengok berulang-ulang.” – Loval Music

Namun, ada netizen mengatakan lagu ini masih lagi berbisa. Yang penting, korang kena dengar berkali-kali.

“Dengar lagu ni 2-3 kali, best juga tau sebenarnya. Kena dengar banyak kali.” – Fatin Razali

Setakat berita ini ditulis, muzik video ini menerima lebih 100,000 tontonan dan 211 komen.

Semasa ditemubual, penerbit lagu LAKAR JANJI, Dr. Irma Shida begitu tenang. Beliau mengatakan muzik video itu sengaja dibikin sebegitu.

“Sebenarnya itulah yang kami cuba tonjolkan! Saya nak zaman dulu, this is way back.

“Lagu power ballad nak bersaing dengan muzik video moden sekarang ini mungkin agak tak sesuai sebab susunan lagunya memang tradisional.

“Saya akui muzik video ini agak kebelakang, tetapi saya mahu tonjolkan keunikan lagu ini sama seperti zaman-zaman lagu power ballad sekitar 1990-an.

“Ia bukan disebabkan kekangan bajet atau kepakaran tetapi ini kualiti yang saya bayangkan supaya nampak kelainan.”

Pelancaran Single Azharina - LAKAR JANJI

Sementara itu, jelas Azharina dia tidak melihat kritikan itu dari sudut pandangan negatif.

“Buruk atau baik komen orang ia tetap publisiti. Banyak wang dikeluarkan untuk hasil video muzik dan rakaman secara langsung di studio. Ini belum termasuk bayaran lain seperti promosi dan pelancaran yang sudah tentu memerlukan bajet tinggi.”

Lagu Lakar Janji merupakan lagu ciptaan Dr. Irma sepenuhnya dan menjadi lagu paling mahal pernah dihasilkan Azharina dengan bajet kos lima angka.

Lakar Janji juga menjadi lagu paling sukar dirakamkan sepanjang tempoh 18 tahun Azharina bergelar penyanyi.

Lagu ciptaan Dr Irma Shida itu mengambil tempoh lebih setahun untuk disiapkan sepenuhnya kerana mahu memberi hasil berkualiti.

“Dua tahun lalu, Dr Irma menghantar demo Lakar Janji kepada saya. Namun, saya tidak terus setuju untuk kolaborasi kerana mahu mengenali dia dengan lebih rapat dulu.

“Hanya pada Julai lalu, barulah saya mula proses rakaman lagu.”

Walaupun menerima kritikan, penyanyi yang popular dengan lagu Elegi Sepi sangat berpuas hati dengan hasil Lakar Janji yang menjadi antara lagu terbaik pernah dikeluarkannya.

“Sebenarnya, lagi ini sangat mencabar sehingga dua kali masuk studio di Melaka untuk menambahbaik apa yang perlu.

“Sepanjang karier, tak pernah saya rakam lagu sampai perlu masuk studio lebih dari sekali.

“Bagi pendengar, Lakar Janji mungkin kedengaran seperti lagu biasa. Namun ia susah kerana nada tinggi dan lain dari lagu dibawa sebelum ini.”

Lakar Janji kini sedang diputarkan di stesen radio tempatan dan platfom digital mulai 1 November ini. Korang dah dengar? Apa pendapat anda tentang lagu ini?

Pelancaran Single Azharina LAKAR JANJI

6 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

AirAsia Rai Penerbangan Sulung dari Kota Kinabalu ke Macao

Konsert Charlie Puth VOICENOTES Tour Live In Malaysia