in ,

Penyanyi Rap MC ZOQQ Lancar Lagu AWAL AKHIR Feat. Altimet

Semangat untuk menapak di industri seni terutama untuk muzik hip hop, pemilik nama gelaran MC ZOQQ telah menaruh harapan buat lagu AWAL AKHIR yang turut menampilkan Altimet. Jom dengar dulu di Youtube!

Penyanyi rap indie, MC ZOQQ baru-baru ini telah pun mengeluarkan sebuah lagu baharu berjudul AWAL AKHIR. Budiey baru sahaja dengar dan layan di Spotify. Memang ada kelainannya.

MC ZOQQ Lancar Lagu AWAL AKHIR Feat. Altimet

Dalam lagu itu, MC ZOQQ telah menjemput penyanyi hip hop terkenal iaitu Altimet untuk berkolaborasi bersama. Khabarnya, muzik video rasmi sudah pun dapat ditonton di saluran Youtube.

Lagu AWAL AKHIR menceritakan tentang perjalanan karier dua orang “Emcee” ataupun Rapper yang berada di peringkat karier yang berbeza, MC ZOQQ berada di peringkat awal karier (belajar- belajar mengenali industri) dan Altimet berada di peringkat akhir perjalanan kariernya sebagai seorang Rapper.

“Dalam masa yang sama, kami membalas “people’s perception” berkenaan dengan impian yang kami kejar, berkerja keras dengan percubaan demi percubaan bagi merialisasikan impian kami” – MC ZOQQ

Rata-rata pengkomen di saluran Youtube mengucapkan tahniah dan mereka suka dengan lagu ini. Ada juga yang terkejut sebab tak percaya Dedeq bekerjasama dengan Altimet untuk menghasilkan lagu ini.

Semoga muzik rap di Malaysia terus berkembang dengan adanya lagu-lagu baru karya bermutu dari pendatang baru yang mahu memeriahkan industri.

Kepada yang nak kenal dengan lebih dekat, boleh follow Facebook, IG dan Twitter: @mczoqq

MC ZOQQ Lancar Lagu AWAL AKHIR Feat. Altimet

Untitled

Untitled

MC ZOQQ Lancar Lagu AWAL AKHIR Feat. Altimet

Untitled

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yang Menarik Tentang Pelancaran Album Dua Lipa THE COMPLETE EDITION

Dua Lipa & BLACKPINK Bergabung Demi Kiss & Make Up