in , ,

Lah Ahmad Kembali Lancar Single Terbaharu Berjudul BILA HATI RINDU

Abdullah Bin Ahmad atau lebih sinonim dengan panggilan Lah Ahmad merupakan lejen yang sentiasa mendapat tempat di hati pencinta muzik tanah air.

Keupayaan beliau untuk menyanyikan lagu berentak Soul dan R&B di samping memiliki suara yang lunak dan merdu sentiasa berjaya membuatkan sesiapa yang mendengar akan terpukau. Beliau sebelum ini merupakan salah seorang anggota kumpulan vokal V.E yang sangat popular sekitar awal tahun 2000.

Beliau juga pernah menganggotai kumpulan nasyid Al-Mawlid dan aktif menyanyikan lagu berunsur dakwah. Untuk karier solo beliau sebelum ini pernah melahirkan 3 buah album ‘Jalan Untuk Kembali (2014)’, ‘ Sempurna Dan Terbaik (2016)’ dan ‘ Selamat Datang Cinta (2020)‘.

Terbaharu dengan kerjasama Alternate Records & Talents, beliau kembali dengan lagu solo berjudul ‘Bila Hati Rindu’ hasil ciptaan Mas Dewangga, A. Shah, Jova Devito dan Aden King. Masih lagi mengekalkan konsep dan genre R&B, lagu ini membawakan mesej tentang erti cinta yang sangat mendalam. 

Lah Ahmad - Bila Hati Rindu

Berbekalkan suara yang lunak dan merdu ini telah menjadikan lagu ‘Bila Hati Rindu’’ sebagai lagu runut bunyi untuk drama Samarinda: Bila Hati Memilih Dia.

Lagu ini sememangnya memberi impak kepada penonton kerana lirik yang disampaikan ini berkait rapat dengan perjalanan cerita yang dilakonkan oleh Aedy Ashraf dan Eyka Farhana dalam mengharungi pelbagai rintangan demi untuk menjaga hubungan cinta suci mereka. 

“Cinta itu sangat luas. Bukan hanya tertumpu cinta kita kepada seseorang yang lain tetapi cinta kepada diri sendiri, kepada makhluk alam yang lain dan terutamanya cinta kepada tuhan. Rindu juga bukan sesuatu yang mudah. Perasaan itu sangat sakit tetapi dalam masa yang sama sangat membahagiakan. Jadi, saya harapkan agar sesiapa yang mendengar lagu ‘Bila Hati Rindu’ ini dapat memahami mesej yang disampaikan dan dapat membuka hati semua untuk terus saling mencintai dan merindui. Diharapkan juga agar semua akan terhibur dan terus menyokong saya untuk lebih berkarya,”

Lagu bagi single Bila Hati Rindu nyanyian Lah Ahmad, edaran Alternate Records kini boleh di didengari di semua saluran digital bermula 25 Mac 2022.

Artis: Lah Ahmad

Tajuk: Bila Hati Rindu

Komposer:Mas Dewangga, A. Shah, Jova Devito, Aden King

Lirik: Mas Dewangga, A. Shah, Jova Devito, Aden King

Publisher: Pitch Audio+Magic, Replay Music Publishing

VERSE 1

Gelita kian menjelma

Mengundang hati ku yang sengsara

Menghitung semua salah ku

Luluh jiwa kau berlalu

PRE-CHORUS

Bagi ku engkau lah penyeri hidup

Terkuburlah jasad tanpa kasihmu

CHORUS

Kau sentiasa disisi ku

Bahagianya bersamamu

Kau teristimewa kau sempurna

Andai kau tahu

Isi hati ku

Takkan mudah engkau sakit kan aku

Memilih diri mu

Bila hati rindu

VERSE 2

Senyuman pengubat rasa

Semua pilu di dada terpisah

Bila hati ku memilih dia

Terungkaplah isi cinta

PRE-CHORUS

Bagi ku engkau lah penyeri hidup

Terkuburlah jasad tanpa kasihmu

CHORUS

Kau sentiasa disisi ku

Bahagianya bersamamu

Kau teristimewa kau sempurna

Andai kau tahu

Isi hati ku

Takkan mudah engkau sakit kan aku

Memilih diri mu

Bila hati rindu

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tourism Selangor Zahirkan Sokongan Terhadap Inisiatif “EARTH HOUR 2022”!

Pengajaran Sebalik Kejadian Will Smith melempang Chris Rock