in , ,

Cabaran Lah Ahmad Berlakon Sebagai Joe dalam One Million Dollar Voice 

‘One Million Dollar Voice’ mengisahkan krew produksi serta para peserta sebuah pertandingan realiti yang suatu ketika dahulu tersohor tetapi kini kian corot di kalangan para penonton.

Buat julung kalinya, Astro memaparkan drama di sebalik tabir pembikinan pertandingan realiti nyanyian. Dengan pengalaman berdekad lama dalam menerbitkan rancangan-rancangan realiti nyanyian popular,

Astro kini menyingkap kisah-kisah yang berlaku di sebalik pembikinannya. Menerusi siri fiksyen yang diilhamkan oleh kisah-kisah benar, ‘One Million Dollar Voice’ bakal mengundang pelbagai reaksi dan pertanyaan di kalangan para penonton dan peminat drama.

Melihatkan penerimaan khalayak ketika konsert Ruffedge ketika kemunculan Lah, apa yang muncul di fikiran Lah dan bagaimana perasaan melihatkan persepsi peminat?

“Alhamdulillah syukur. Tak sangka akan sampai macam tu. Muncul di fikiran waktu tu peminat Ruffedge juga membesar dengan lagu saya. Seumpama sebuah keluarga yang besar,”

Akan muncul dalam drama One Million Dollar Voice pula, menyanyi dan berlakon, apa yang Lah harapkan untuk kemunculan kali ini sebagai Joe?

“Semoga dapat memberi yang terbaik dan semoga usaha kita diterima masyarakat,”

Apakah cabaran melakonkan watak Joe?

Ada beberapa babak yang mencabar akal dan tindak laku tapi kita faham ianya agar menjayakan watak Joe dalam kisah ceritanya.

Susah tak berlakon dalam menyanyi?

Alhamdulillah, ada yang mencabar tapi sy anggap sebagai cabaran yang positif.

Kenapa penonton kena tengok drama ini?

Drama ini lain dari yang lain. Memaparkan Ramai pelakon dan backstory watak semua nak mendapatkan one Million Dollars.

Akan ada kolaborasi kah dengan Ruffedge utk projek mendatang?

Alhamdulillah saya dan RE baru sahaja releasekan lagu judul PUTUS dan inshaAllah ada lagi perancangan di masa hadapan memandangkan sambutan sangat positif bila bersama

SINOPSIS ONE MILLION DOLLAR VOICE

‘One Million Dollar Voice’ mengisahkan krew produksi serta para peserta sebuah pertandingan realiti yang suatu ketika dahulu tersohor tetapi kini kian corot di kalangan para penonton. Dengan tekanan yang diterima, penerbit TJ yang diperankan oleh Emma Maembong ingin menebus semula maruahnya serta rancangan terbitannya walau apa jua sekalipun. 

Siri rantaian ini turut memaparkan motif di sebalik setiap penyertaan peserta yang mendahagakan wang kemenangan sebanyak USD 1 juta. Antaranya Ali yang dimainkan oleh Ben Amir yang ingin melepaskan dirinya daripada genggaman gang lamanya untuk berkahwin dengan wanita pilihannya yang merupakan anak seorang anggota polis. 

Manakala Zana yang dilakonkan oleh Amelia Henderson ingin membebaskan dirinya daripada dibelenggu oleh kisah silamnya sebagai seorang pekerja seks dengan bertekad untuk memenangi wang tunai tersebut. Joe yang dimainkan oleh Lah Ahmad perlu melangsaikan hutangnya demi menyelamatkan nyawa isteri dan anaknya. Begitulah kisah-kisah yang bakal menyulami naratif ‘One Million Dollar Voice’ kelak. 

‘One Million Dollar Voice’ membariskan nama-nama hebat and popular dunia hiburan Malaysia termasuk Emma Maembong, Amelia Henderson, Ben Amir, Lah Ahmad, Roy Azman, Datin Nina Juren, Sean Lee, Zarul Umbrella serta nama-nama baharu seperti Naufal Azrin, Uriah SK, Neeta Manisha, Bee Aishah, Ezra Kairo, Tracie Sinidol, Layla Sania dan ramai lagi. Drama yang bakal menggegarkan industri hiburan ini diarahkan oleh Michael Ang dan diterbitkan oleh Juita Viden. 

‘One Million Dollar Voice’ akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis bermula 28 Ogos 2023, jam 10.00 malam secara eksklusif melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel. Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM99.99 sebulan untuk enam bulan pertama. Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati drama ini di Astro. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

JOSIE HO

Filem Seram ONPAKU Lakonan Josie Ho di Pawagam Mulai 31 Ogos Ini

F&N Meraikan 140 Tahun, Ini Satu Penghormatan Buat Rakyat Malaysia