in ,

Altimet Bergabung Bersama Pekin Ibrahim & Faizal Hussien Jayakan Lagu KL WANGAN

Altimet, seorang penyanyi dan rapper Malaysia yang memperjuangkan genre muzik hip-hop dan rap. Mula aktif dalam industri muzik sejak tahun 2000 dan telah menghasilkan tiga buah album iaitu First Among Equals (2007), Kotarayaku (2014) dan Amboi (2016).

Filem Klwangan

Beliau juga banyak berkolaborasi bersama artis tanah air antaranya menerusi lagu Kalau Aku Kaya bersama Awi Rafael, Not for Sale – Stacy, Negaraku – Faizal Tahir, Joe Flizzow dan SonaOne serta Hazama – Aku Buka Dewa. Ternyata setiap kolaborasi Altimet tidak pernah mengecewakan kerana beliau amat professional dan memberikan yang terbaik dalam setiap hasil kerjanya.

KL WANGAN – ALTIMET feat. PEKIN IBRAHIM & FAIZAL HUSSEIN

Kini, tahun 2017 beliau menampilkan pula lagu ‘KL Wangan’ sebuah lagu OST filem arahan Pekin Ibrahim bersama tenaga produksi Centro Pictures. Filem yang bakal menggegarkan pawagam pada 21 Disember 2017 ini! KL Wangan sebuah cerita aksi kereta yang menggabungkan kereta lama dan baru bagi sebuah perlumbaan kereta jalanan.

Antara para barisan pelakon bagi filem ini adalah Faizal Hussein, Emily Lim, Kazuto Soon, Jasmine Suraya serta Donny Alamsyah. Filem bergenre aksi dengan tajuk ‘KL Wangan’ ini yang membawa maksud perlumbaan kereta pada waktu malam dalam Bahasa Jepun untuk menentang keberanian, dendam dan pengkhianatan.

Mengambil judul lagu ‘KL Wangan’ sama seperti nama filem ini kerana ia unik dan justeru ia merupakan OST filem itu sendiri. Lagu yang menceritakan tentang budaya perlumbaan kereta secara terbuka antara persetujuan dua pihak, dan sesiapa sahaja boleh berlumba jika ada kemahuan. Komposer bagi lagu ini ialah Emir Hermono dan Irfan i-Sky, manakala penulis lirik oleh Altimet sendiri.

Mengambil masa selama satu bulan untuk mencipta lagu ini dan selama tujuh bulan untuk penambahbaikkan dan memantapkan lagi lagu ini. Altimet mendapat inspirasi bagi menulis lagu KL Wangan ini bermula apabila beliau datang untuk melawat ke set penggambaran dan juga membuat kaji selidik mengenai industri motorsports.

Keunikkan lagu ini pula terletak pada Faizal Hussein, seorang pelakon otai filem seni tanah air yang telah berkolaborasi bersama Altimet dalam menjayakan lagu KL Wangan ini bersama Pekin Ibrahim.

Menurut Altimet bekerja dengan Faizal Hussein adalah sebuah pengalaman yang bermakna baginya. Harapan Altimet agar lagu KL Wangan dapat berjalan seiring dengan filem ini kerana setiap lagu yang berjaya datangnya dari sebuah filem yang baik dan unggul.

Muzik Video, KL Wangan sudahpun berada di platform Youtube, arahan oleh Khairul Hazwan dan Centro Pictures Sdn.Bhd. Ini pautan bagi muzik video KL Wangan: http://klwanganost.shorturl.com

Teristimewa buat peminat Altimet lagu ‘KL Wangan’ edaran Warner Music (M) Sdn.Bhd ini boleh di muat turun di semua digital platform seperti Apple Music, iTunes, Spotify, JOOX, Yonder Music dan KKBox mulai 29 Disember 2017!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bukan Miliku Pertaruhan Pertama Kumpulan U9

Penyanyi John Legend Bakal Bikin Konsert di Resorts World Genting