in ,

KRU Music Umum Penundaan Konsert KITA 20 FORTEEN

Nampaknya semakin banyak konsert dan acara hiburan telah mengambil keputusan untuk ditunda. Tidak kurang ada yang dibatalkan terus seperti yang terjadi pada Konsert Twin Towers @live di Plaza PETRONAS. Selepas Budiey siarkan penundaan Pelancaran & Showcase Album Maya Karin – Teka-Teki dan juga Persembahan TERINDAH… ANUAR ZAIN pada petang tadi, malam ini, Budiey mendapat berita, Konsert KITA 20FORTEEN pula ditunda.

Wah, kalau buat juga Budiey tak dapat hadir sebab pada masa tu, Budiey sibuk berada di Singapura untuk Media Junket The Amazing Spider-Man 2 di Singapura dan menghadiri Earth Hour Countdown. Nasib baik ditunda!

Satu tindakan yang bagus dan harus dipuji dan ini bersesuaian bagi menghormati kesedihan negara menghadapi saat kedukaan ini. Keputusan ini diumumkan oleh penganjur, KRU Music sebagai penganjur bagi menghormati tragedi yang menimpa pesawat MH 370. Syabas buat KRU Music Sdn. Bhd. dan Forteen yang melahirkan rasa simpati kepada semua yang terlibat. Dengan dukacita mengambil keputusan mengumumkan penundaan konsert KITA 20FORTEEN yang sepatutnya diadakan pada hari Sabtu ini, 29hb Mac 2014 ditunda kepada 26hb April 2014.

konsert

“Kami amat bersimpati dan bersedih dengan kejadian yang menimpa penumpang dan anak-anak kapal MH 370, kami merasakan adalah tidak wajar untuk meneruskan konsert KITA 20FORTEEN yang dijadualkan pada 29hb Mac 2014, disaat kita masih lagi dalam keadaan berduka dan harapan kami masih berterusan bersama yang lain agar usaha pencarian yang sedang giat dilakukan akan berjaya,” – Norman Abdul Halim, selaku Ketua Pegawai Eksekutif, KRU Music.

Penundaan ini melibatkan ramai pihak dan bakal menimbulkan kesulitan terutama kepada pembeli tiket konsert KITA 20FORTEEN, tetapi pihak kami amat berharap agar mereka yang terlibat dapat memahami dan menghormati keputusan ini.

Forteen yang sedang giat berlatih untuk menjayakan konsert pertama mereka turut redha dengan keputusan yang diambil malah melahirkan rasa simpati kepada penumpang, anak-anak kapal MH 370 dan keluarga mangsa yang terlibat untuk sentiasa tabah dan berdoa.

“Kami berasa tidak sedap hati untuk meneruskan persembahan disaat kita masih bersedih dan kami bersetuju dengan penundaan ini, sementara itu kami juga ingin meminta maaf kepada semua peminat sekiranya penundaan ini telah menimbulkan sebarang permasalahan disebabkan ada diantara mereka yang telah melakukan perancangan awal bagi menghadiri konsert kami terutama kepada peminat kami di luar dari Kuala Lumpur” – Ariz mewakili rakan Forteen yang lain.

Tarikh baru yang dipilih untuk konsert KITA 20FORTEEN adalah pada 26hb April 2014 (Sabtu), bertempat di KL Live @ Life Centre, Jalan Sultan Ismail.

Kepada orang ramai yang telah membeli tiket Konsert KITA 20FORTEEN yang bertarikh 29hb Mac 2014 mereka masih boleh menggunakan tiket tersebut pada 26hb April 2014 dan kepada mereka yang ingin memulangkan tiket yang telah dibeli sebarang pertanyaan boleh diajukan ke [email protected]

LIKE: https://www.facebook.com/officialforteen

Forteen Bakal Adakan Konsert KITA 20 FORTEEN

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Dua Kali Maya Karin Tunda Pelancaran & Showcase Teka-Teki

Shailene Woodley & Ansel Elgort Presenters 2014 MTV Movie Awards