in , ,

Ini Punca Pergaduhan Izzue Islam & Forteen

Memetik dari Utusan Malaysia, melaporkan pertukaran lagu pada saat-saat akhir menjadi punca pergaduhan antara Izzue Islam dan tiga lagi anggota kumpulan Forteen iaitu Ariz, One dan Ameer.

Menurut Ariz Lufias, 29, pada mulanya Forteen sudah memilih sebuah lagu untuk dipersembahan pada sebuah majlis khas Gegar Vaganza musim kelima yang berlangsung pada Khamis lalu.

Bagaimanapun pada saat-saat akhir mereka membuat keputusan untuk menukar lagu lain dan bertemu Izzue bagi memberi cadangan untuk lagu berbeza tetapi Izzue tidak bersetuju malah melihat perkara itu seperti membelakangkan dirinya dalam membuat keputusan.

Kumpulan-Forteen-
Forteen & Izzue Islam

“Pada mulanya kami memilih lagu lain tetapi kemudiannya beri cadangan berbeza. Bagaimanapun Izzue salah faham dan beranggapan yang kami membelakangkan dirinya.

“Secara jujurnya lagu yang dipilih pada mulanya itu belum pasti dinyanyikan lagi kerana masih dalam peringkat perbincangan. One cuba berbincang dengan Izzue namun dia menolak dan berlalu pergi,” – Ariz

Izzue membuat pengumuman keluar daripada kumpulan Forteen pada konsert akhir program Gegar Vaganza (GV) pada Ahad lalu dan pentas GV menjadi persembahan terakhir dia dengan kumpulan tersebut selepas tujuh tahun bersama-sama.

Sementara itu One atau Muhammad Ridzuan Sharifuddin, 28, berkata. keputusan untuk mengadakan sidang akhbar tersebut bukan untuk mengeruhkan lagi keadaan.

Sebaliknya untuk menjelaskan perkara berkaitan penarikan diri secara drastik Izzue daripada kumpulan tersebut.

“Kami ingin betulkan beberapa kenyataan yang dikeluarkan Izzue yang kononnya kami pulaukan dia. Bukan pulau tetapi lebih kepada memberi masa kepada diri masing-masing untuk bertenang selepas kejadian Khamis lalu.

“Namun nampaknya tanpa ruang perbincangan, Izzue telah membuat keputusannya. Walaupun ralat dengan cara tersebut tetapi kami terima kenyataan bahawa Forteen kini hanya bertiga,”

– One Forteen

Forteen ditubuhkan pada 2011 dan pernah bernaung bawah KRU Music. Antara lagu popular mereka adalah Berdua Bersatu, Kita dan Dekat Tapi Jauh. –

Sumber: UTUSAN ONLINE

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Izzue Islam Bersemuka Dengan Forteen Leraikan Sebab Perselisihan

Video Drama Airmata Antara Forteen & Izzue Islam