in

Dua Kali Maya Karin Tunda Pelancaran & Showcase Teka-Teki

Pada 12 Mac yang lalu, Budiey ada menyiarkan tentang penundaan Pelancaran dan Showcase Maya Karin Teka-Teki. Dan pada hari ini, sekali lagi, penyanyi yang sekarang ini menumpukan perhatian kepada dunia nyanyian itu telah mengambil keputusan untuk menunda pelancaran Teka-Teki untuk kali kedua.

Pelancaran dan showcase yang dijadualkan pada 1 April 2014 telah ditunda ke tarikh yang baru iaitu 18 April 2014. Seperti yang Budiey katakan sebelum ini, keputusan ini dibuat tidak lain tidak bukan adalah bagi menghormati insiden yang berlaku ke atas pesawat MH370. Berita ini diwar-warkan oleh Warner Music Malaysia menerusi emel yang dihantar kepada Budiey.

Maya Karin

Maya Karin Tunda Pelancaran & Showcase Teka-Teki

[dropcap]K[/dropcap]eputusan ini diambil adalah menghormati tragedi kehilangan pesawat MH370 dan khabarnya, beliau begitu bersimpati dengan tragedi MH370 sehingga terpanggil untuk menangguhkan pelancaran album terbaru. Sidang media terkini tentang perkembangan kehilangan pesawat MH370 telah diadakan pada 6 petang tadi dan apa yang Budiey dapat khabarkan di sini, pesawat MH370 yang hilang masih belum ditemui. Sekarang ini, usaha mencari adalah fokus utama dan misi penyelamat sudah berusaha sehabis baik dan usaha mencari akan berterusan sehinggalah bangkai pesawat dan kotak hitam ditemui.

Majlis pelancaran album terbaru Maya Karin yang dijangka akan berlangsung pada 1 April 2014 ini telah ditangguhkan ke 18 April 2014 . Hal ini adalah kerana rasa simpati Maya Karin di atas tragedi yang menimpa pesawat MAS MH370. Beliau ketika itu yang berada di kota London atas urusan keluarga, terasa amat terkejut dan berdukacita apabila terlihat berita tersebut di kaca televisyen.

“Saya terasa amat terkejut apabila mendapat tahu tentang berita ini. Saya rasa amat simpati sekali dan berharap kita semua dapat mendoakan agar penumpang dan anak-anak kapal MH370 semuanya selamat.” –kata Maya Karin.

Berikutan kejadian tersebut, Maya Karin telah berbincang dengan pihak pengurusan dan syarikat rakaman beliau agar showcase dan majlis pelancaran album terbarunya di tangguhkan pada bulan hadapan.

Bagus! Inilah yang dikatakan artis yang prihatin.

Pada 8 Mac lalu, MAS mengesahkan penerbangan MH370 telah terputus hubungan dengan Menara Kawalan Trafik Udara di Subang selepas berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing pada pukul 12,41 pagi. Penerbangan MH370 yang menggunakan pesawat B777 -200 itu sepatutnya mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama. Pesawat yang membawa seramai 227 penumpang (termasuk 2 bayi) dan 12 anak kapal itu masih gagal ditemui sehingga ke hari ini.

Dalam pada itu, Maya yang kini berada di London memberitahu dia mendapat tahu mengenai perkara berkenaan selepas menonton berita dan berharap semua pihak dapat mendoakan agar penumpang dan anak-anak kapal MH370 selamat.

Maya Karin Teka Teki

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Program Makeweekend Robotik Ilham Kejadian MH370

KRU Music Umum Penundaan Konsert KITA 20 FORTEEN