in

Krrunching My Way to Uniquely Singapore

Menjadi penulis blog adalah satu kerja yang menyeronokkan. Betul tak?

…. Ramai yang cakap, itu BETUL~!

Sangat menyeronokkan~!

Kalau kena dengan gaya, anda pasti rela melepaskan jawatan saraan tetap anda untuk jadi penulis blog sepenuh masa.

Kalau kena dengan gaya, anda pasti rela berehat, goyang kaki sambil membelek akhbar di depan santapan pagi tanpa harus bergegas mengharung jalan sesak ke tempat kerja.

Kalau kena dengan gaya, anda pasti rela tersenyum puas… (sebab selalu dapat sponsor~)

Tapi bagi Budiey yang dah pun melepaskan jawatan jadi kuli dan sanggup memilih untuk kerja sendiri di rumah… masih lagi belum tersenyum puas. Mengapa?

Mmm… bagi Budiey, kepuasan itu satu rasa yang sangat subjektif.  Mungkin, satu hari nanti, senyum akan meleret bila kejayaan itu jatuh ke riba.

Sebenarnya, senyum Budiey rupanya dah meleret apabila mendapat email yang menyatakan blog Sensasi Selebriti telah berjaya memboloskan diri menjadi antara 5 finalis untuk kategori The Best of Entertainment Blog di Asia-Pacific Blog Awards.

3952687047 0Fe88B4A5F O | 4

Bagi Budiey, sebenarnya berjaya dinominasikan ke anugerah sebesar itu dah pun memadai. Syukur alhamdulilah. Terima kasih kepada insan yang sudi mengusulkan blog ini untuk diketengahkan dalam kategori Blog Hiburan Terbaik ini. You know who you’re~

Asia-Pacific Blog Awards
Untuk pengetahuan pembaca budiman, anugerah yang julung-julung ini bakal berlangsung di Hotel Pan Pacific Singapore Grand Ballroom pada 23 Oktober ini. Dianjurkan oleh Nuffnang bersempena dengan ulangtahun ke-2 agensi pengiklanan itu dan didokong oleh Pringles sebagai penaja utama juga tuan rumah, Uniquely Singapore.

Budiey kira, ini adalah anugerah regional blog yang pertama yang agak luas wilayahnya. Bakal menghimpunkan penulis blog dari Malaysia dan Singapura juga negara Asia yang lain.

Budiey dengan ini ingin sekali mengucapkan berbanyak terima kasih kepada penganjur yang telah memilih blog yang tak seberapa ini untuk diundi dalam kategori Blog Hiburan Terbaik. Juga terima kasih yang tak terhingga kepada pembaca budiman semua yang tak henti-henti memberikan sokongan dengan menjadi pembaca setia.

Dengan itu, Budiey akan ke Singapura selama 3 hari 2 malam untuk menghadiri First Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards Ceremony~! Kiranya satu anugerah yang grand~! Apa taknya, tengok pada hos… bukan calang-calang… siapa tak kenal dengan Alan Wu, perantara Amazing Race Asia~!

Rasanya, Budiey tidak sabar untuk bertemu mata dengan penulis blog yang turut tercalon. Semuanya adalah nama-nama besar dan punya pengaruh yang besar… dan terasa blog ini hanya satu yang sangat picisan dan kecil cuma.

Kerana itu, Budiey tidak menjangkakan kemenangan kerana itu semua terserah pada korang semua, pembaca sekalian yang menilainya. (Undian pembaca = 50% dan undian juri 50%). Untuk menang agak tipis sebenarnya. Jadi, Budiey tak nak menanam harapan sangat untuk menang. Cuma yang penting, Budiey rasa happy sebab dapat tercalon. Itu dah memadai. Sebab Budiey rasa ramai lagi penulis blog hiburan di luar sana yang hebat yang punya idea mantap.

Apa-apa pun, segalanya akan terjawab pada malam anugerah.
Apa-apa pun, Budiey sekadar mahu mengajak semua…

untuk UNDI BLOG BUDIEY.COM!

Macamana nak vote?

Paling senang kan, korang boleh tengok kat bahagian sidebar blog nih… atas sekali tu, ada banner macam nih. Klik je banner ni…
 

Badge Bestentertainment | 5

atau layari: http://awards.nuffnang.com/votes.php

3952686607 0842592C29 O | 6

Korang semua boleh mengundi budiey.com dalam kategori Best Entertainment Blog setiap 2 jam sekali. Tapi menghantar undian, korang kena menghabiskan undian untuk semua kategori. Barulah undian korang tu sah dan dikira.

Jadi, jangan lupa untuk VOTE Sensasi Selebriti www.budiey.com dalam kategori Best Entertainment Blog.

3952699627 72Ccdb885F O | 7

Untuk penulis blog, korang pun ada peluang untuk bersama Budiey ke Singapura dengan menyertai peraduan di SINI. Kalau anda berjaya, pastinya sepasang tiket dan trip berjalan-jalan di bumi Singapura akan menjadi milik anda~!

3952686951 Bb9492E812 O | 8

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Suami Pelakon Noniswara Pukul Bekas Isteri Didenda RM700

Drama Lagenda Puteri Bunian