Suami Pelakon Noniswara Pukul Bekas Isteri Didenda RM700

Budiey BlogKUALA LUMPUR: Pengerusi Syarikat Telekomunikasi, U Mobile, Datuk Rosman Ridzuan, yang juga suami kepada pelakon Noniswara Baharudin didenda RM700 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, selepas mengaku bersalah memukul bekas isterinya, Azura Ibrahim, empat tahun lalu.

Majistret Mohd Faizi Che Abu turut mengarahkan Rosman dipenjara seminggu jika gagal membayar denda itu.

Pada 20 Ogos lepas, Rosman, 52, mengaku tidak bersalah di mahkamah yang sama bagaimanapun menukar pengakuan kepada bersalah sebaik pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan itu dibacakan terhadapnya.

Rosman, yang baru sahaja berkahwin dengan Noniswara Julai lalu, didakwa dengan sengaja mencederakan Azura Ibrahim, 37, di Tingkat 3 Plaza Kuala Lumpur, 179 Jalan Bukit Bintang, di sini, pada pukul 12.30 tengah hari, 8 April 2005.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Ain Zulkifli manakala Rosman diwakili peguam Firuz Jafril.

Rosman membayar denda itu. BERNAMA

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Mahu Makan Malam Romantis di Restoran Intai-Intai?

Krrunching My Way to Uniquely Singapore