in , ,

Konsert Zainal Abidin Damai Unplugged di Istana Budaya

Ikon lagenda muzik Malaysia kini bersedia untuk sekali lagi menggegarkan peminat dengan konsert intim 2 malam untuk mengeratkan hubungan.

Peminat Zainal Abidin, kini masa untuk bersorak! Dengan kerjaya di dalam industri muzik merentasi dua dekad, dan dengan persembahan demi persembahan di konsert terlaris serata dunia, lagenda muzik negara, Zainalabidin kembali dengan Konsert Damai ‘Unplugged’ (DAMAI), satu konsert hebat yang bakal diiringi Orkestra Simfoni Kebangsaan dan akan berlangsung pada 6-7 Oktober, Istana Budaya, Kuala Lumpur. Konsert yang dinanti-nantikan ini pasti akan memaparkan persembahan yang mantap lagi hebat oleh ZI Production Sdn Bhd.

KONSERT ZAINAL ABIDIN DAMAI ‘UNPLUGGED’

Zainal Abidin berjanji untuk memberikan peminat negara satu konsert yang tidak dapat dilupakan dengan persembahan lagu daripada album seperti ‘Zainal Abidin’, ‘Orak Orek’ dan ‘Gamal’. Tidak dilupakan juga lagu-lagu klasik beliau seperti ‘Hijau’, ‘Ikhlas Tapi Jauh’, ‘Puteri’ dan juga lagu ‘Kau Di Hatiku’; lagu yang dimainkan di dalam filem animasi Tarzan oleh Disney.

Konsert Zainal Abidin Damai Unplugged di Istana Budaya

“Konsert Damai adalah satu konsert tentang kedamaian, di antara individu-individu pelbagai bangsa, agama dan latar belakang yang ada di sekitar kita. Saya mahu peminat yang menghadiri konsert ini untuk menghayati kedamaian, mendalami harmoni dan mengalami kebebasan.

Ini adalah mesej yang ingin saya sampaikan kepada peminat saya malam tersebut; mesej yang akan saya sampaikan melalui lagu dan juga dialog yang akan kami adakan di antara persembahan saya.

Ia satu suasana yang hebat untuk kami saling menghubungi di antara satu dengan lain dan saya amat teruja, lagi terharu diberikan peluang sebegini,”

– Zainal Abidin.

Rakyat Malaysia amat menyanjungi artis tersebut, yang juga merupakan salah satu daripada ikon muzik terhebat dunia masa kini.

Antara bakat-bakat tempatan sanjungan antarabangsa, kejayaan Zainalabidin adalah bukti bahawa muzik dan tarikan beliau sebagai artis dan personality yang merentasi pelbagai gaya muzik, umur, bangsa dan budaya.

Dianggap ramai sebagai salah satu konsert paling intim yang pernah dibuat Zainalabidin, DAMAI menjanjikan pengalaman yang pasti tidak ingin dilepaskan oleh peminat.

Ia menggabungkan muzik, keajaiban dan jiwa kepelbagaian budaya dengan keperibadian Zainalabidin; yang akan didampingi pelbagai ahli muzik ternama dari serata dunia.

Zainal Abidin akan memberikan peminat satu persembahan istimewa, di mana beliau akan menyanyikan 2 lagu terbarunya – ‘Kamu’ dan ‘Alam’; yang dijadualkan keluar di pasaran bersama album terbarunya hujung tahun ini.

Zainal Abidin akan menggabungkan jiwa dan raga pengalaman kerjaya dan gayanya yang serba unik dengan satu orak muzik yang unik.

Persembahan ini boleh dikatakan sebagai satu tanda penghargaan kepada peminat-peminatnya; tempatan mahupun antarabangsa.

Tiket untuk konsert Zainalabidin DAMAI ‘Unplugged’ boleh didapati mulai sekarang.Hubungi Ticketpro di 03-7880 7999 atau layari www.ticketpro.com.my untuk tiket.

Maklumat Konsert

Nama: Konsert Zainalabidin DAMAI ‘Unplugged’
Tarikh: Sabtu 6 Okt 2012 dan Ahad 7 Okt 2012
Masa: 8.30pm
Penaja Tempat: Istana Budaya, Kuala Lumpur
Harga Tiket: RM283, RM223, RM183, RM123, RM83
Talian Tiket: +603-78807999
Tempahan Online: www.ticketpro.com.my
emel: [email protected]

Tiket Boleh Didapati: Sekarang
Pusat Panggilan / Masa Bekerja:
Isnin–Jumaat 9.30am – 6.00pm
Sabtu 9.30am – 1.00pm
Ahad dan Cuti Umum Tutup

Alamat:
TICKETPRO MALAYSIA SDN BHD
D-2-03A, Dataran Glomac
Jalan SS6/20A
47301 Kelana Jaya, Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Nota:

Kod Pakaian di Istana Budaya
Untuk Orkestra dan Koir, sut lounge, Batik atau baju lengan panjang. Untuk teater dan persembahan tarian, pakaian bersesuaian memadai. Seluar jeans pudar atau koyak, kemeja t-shirt berkolar bulat, seluar pendek, pakaian menjolok mata, pakaian sukan, kasut sukan dan selipar tidak dibenarkan

BIOGRAFI ZAINAL ABIDIN

Zainalabidin mula mencungkil bakat muziknya di perkampungan dan dikelilingi kepelbagaian budaya di Malaysia. Dari memalu meja dan memukul kotak di rumah sejak bangku persekolahan, beliau bermain alat muzik trombone pada umur dua belas tahun untuk mencari wang saku, lazimnya bersama koir upacara pengkebumian kaum Cina!

Selang beberapa tahun Zainalabidin menubuhkan kumpulan ‘Headwind’ satu kumpulan rock yang popular di arena tempatan. Kumpulan tersebut membuat persembahan di kelab dan konsert. Ia bertahan selama 12 tahun, di mana 5 tahun mereka melakukan persembahan di Club Med. Di sinilah di mana Zainalabidin mula berjinak dengan gayanya yang tersendiri; yang berasaskan varia budaya dan perwatakan etnik di sekelilingnya. Zainalabidin meninggalkan kumpulan Headwind pada tahun 1990 untuk menyertai Roslan Aziz Production

Walaupun alat paluan sebati dengan beliau, buat Zainalabidin, tiada yang lebih bermakna buat beliau selain daripada kejayaannya membolosi rintangan dan stereotaip budaya ke arah muzik yang lebih mendalam. Unsur zaman persekolahan beliau bersama varia muzik klasik tempatan digabungkan dengan unsur muzik antarabangsa untuk mewujudkan satu gaya unik Zainalabidin. Ini jelas kedengaran melalui album sulungnya yang mendapat sambutan hebat terutama reaksi memberangsangkan gaya muzik beliau.

Pada tahun 1992, Zainalabidin membuat penjelajahan ke Jepun dengan kerjasama ahli muzik terkenal dari Amerika Syarikat dan United Kingdom. Turut ada; ahli muzik dari Malaysia dan pelbagai pelusuk Asia lain. Ini mendapat sambutan yang hebat, sehingga beliau mengekalkan kombinasi ahli muzik timur dan barat untuk rakaman dan produksi album beliau

Pada tahun 1994, Paul Simon memperkenalkan pemain bas, Armand-Sabal-Lecco (yang dianggap sebagai pemain bes terbaik dunia) kepada Zainalabidin. Hasil pertemuan ini, Armand menjadi pemain bes paparan ‘Gamal’, di mana Zainal adalah penulis, pemain alat paluan dan juga vokalis. Album tersebut dipasarkan di Australia, Brazil, Brunei, Perancis, Indonesia, Jepun, Korea, Malaysia, Singapura, Sweden dan Amerika Syarikat. ‘Gamal’ mendapat pengiktirafan sebagai album terbaik 1995. ‘Terang…Sang’, susulan kepada Gamal dikeluarkan pada pertengahan 1995 adalah album pertama Zainal dengan Warner Music. Ia dirakam di Kuala Lumpur dan di lengkapkan di Studio 301 Sydney.

Zainalabidin sibuk seluruh tahun, dan biasanya dengan persembahan kecil di beberapa bandar-bandar utama. Selain daripada persembahan muzik, beliau juga banyak memberikan taklimat dan sumbangan di beberapa institut pengajian tinggi termasuk Fakulti Seni Persembahan di MARA. Untuk pendedahan, beliau turut menjemput seorang pelajar MARA untuk membuat persembahan bersamanya di Jepun.

Dedikasi beliau kepada muzik etnik negara serta minat kepada bakat-bakat baru merupakan salah satu sifat murni Zainalabidin. Beliau berharap lebih ramai artis terkenal negara menyumbangkan masa untuk mendidik bakat-bakat negara yang bakal menjejak kaki ke pesada seni antarabangsa kelak

Zainalabidin kini merupakan salah satu peneraju industri muzik negara di dalam mutu bunyi, kepakaran teknologi dan persembahan memberangsangkan. Vokalnya yang dinamik dan gaya mantap telah menajadikan beliau salah seorang artis paling terkenal. Rentak bunyi Afro Asian Zainalabidin telah banyak menghibur peminat dengan gaya dan jiwanya yang tersendiri. Salah satu daripada kejayaan utama Zainalabidin adalah membolosi rintangan budaya untuk kemajuan seni muzik negara; tidak dilupakan juga persembahan yang terbaik di semua konsert-konsert beliau.

Di mana sahaja beliau mengadakan persembahan, gayanya nescaya mendapat reaksi hebat daripada hadirin. Tidak menghairankan juga sekiranya beliau mendapat pengiktirafan daripada pihak media, memandangkan Zainalabidin merupakan salah satu artis terbaik negara.

Zainal Abidin – Anugerah Dan Kejayaan

• The Young Talented Artiste Award 1986
• Golden Kite World Song Festival 1986
• Most Popular Artiste 1991
• Most Popular Male Singer 1991
• Seri Angkasa Award 1991
• Gold Award – Tokyo Music Festival 1992
• AIM – Best Song 1994
• AIM – Best Album 1995
• Monsieur Style Awards – Best Entertainer 1997
• Vocational Service Award 1999/2000 1999
• Seri Angkasa Award – Best Entertainer 2004
• AIM – Best Male Vocal in Album 2005

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siti Nurhaliza Terima Anugerah Ikon Hiburan BERNAMA Radio 24

Jawatan Kosong Artis Budaya di Istana Budaya