in , ,

Penganjur Umum Harga Tiket Baharu Untuk Konsert Wings Naga Kramat

Usai 37 tahun, nama Wings masih unggul didalam arena muzik Malaysia. Tahun 2022 menjadi tahun yang agak sibuk bagi kumpulan ini.

Persembahan dan konsert disana sini termasuk di negara jiran Singapura baru – baru ini sempena perlumbaan Formula 1.

Kali ini sekali lagi kumpulan rock no.1 Malaysia bakal menggegarkan Zepp Kuala Lumpur. Lokasi bertaraf dunia ini akan menjadi gelanggang Wings bagi siri konsert terakhir untuk tahun ini di Kuala Lumpur. 

Seperti sedia maklum, pihak penganjur telah pun menetapkan beberapa kategori harga tiket bagi konsert Naga Kramat sebelum ini.

Tetapi atas permintaan tinggi bagi tiket kategori tempat duduk, penganjur telah mengambil inisiatif untuk merealisasikan permintaan ini. Penganjur telah menambah jumlah kerusi daripada yang  sedia ada.

Wings Bakal Gegarkan Zepp KL Menerusi Konsert Naga Kramat

Antara harga tiket yang ditawarkan ialah RM620 – Bazooka Penaka (VIP – terhad) manakala RM420 bagi kategori tempat duduk Opera Hidup. Kedua – dua kategori ini adalah berhampiran dengan pentas.

Selain itu, MW Mega Productions turut mengumumkan satu harga baru khas untuk pelajar IPTA/IPTS dan golongan kurang upaya iaitu RM169.00 bagi tiket kategori bediri di zon ‘Bujang Senang’. Hal ini dibuat kerana ada permintaan dari kalangan pelajar.

Pihak MW Mega Production mengambil kira pandangan pelajar yang kurang berkemampuan untuk membeli harga tiket yang tersenarai sebelum ini.

Jadi harga yang ditawarkan ini sangat berbaloi untuk menyaksikan persembahan dari lagenda rock terunggul Malaysia.

Syaratnya mudah, mereka hanya perlu menunjukkan bukti kad pelajar semasa membuat tempahan atau belian dan pembelian tiket ini hanya sah melalui ejen Sayap – Sayap Wings (Encik Zul).

Penganjur Umum Harga Tiket Baharu Untuk Konsert Wings Naga Kramat

“Ini adalah projek sulung MW Mega Production dan pastinya saya meletakkan harapan yang sangat tinggi untuk acara ini.

Saya memberikan 110% komitmen bagi memastikan konsert ini berjalan lancar dan berjaya.

Saya menyeru semua sayap-sayap Wings dan peminat rock tanahair untuk datang dan saksikan sendiri konsert ini. Saya janji ia akan memberikan kepuasan yang maksima untuk anda,”

– Mashar Mokhtar

Bila ditanya, adakah keadaan politik semasa dengan pembubaran parlimen akan menjejaskan kehadiran penonton ke konsert ini?

“Sebagai penganjur kami perlu bersedia dengan apa sahaja kemungkinan yang akan berlaku. Konsert ini tetap akan diteruskan, lagipun ia akan berlangsung dalam jangka masa yang sangat hampir iaitu 22 Oktober 2022. Pesan saya kepada penonton yang hadir nanti untuk berhibur dan bukan berpolitik. Elakkan ada sentiment politik dalam konsert ini,”

– Mashar Mokhtar

MW Mega Production menjelaskan bahawa tiket konsert dijual secara atas talian di www.ticket2u.com.my/nagakramat dan mendapat sambutan yang bagus.

Memandangkan tempat yang agak terhad amat digalakkan untuk mereka membuat pembelian seawal mungkin bagi mengelakkan keciciran untuk menyaksikan konsert ini.

Harga tiket mengikut kategori bermula dari RM244 (Bujang Senang), RM274 (Amok), RM364 (Misteri Mimpi Syakila) dan RM574 (Taman Rashidah Utama).

Buat peminat kumpulan Wings dan peminat rock di Malaysia pastinya tidak mahu melepaskan peluang ini. Dengan pasukan produksi yang berpengalaman menguruskan perjalanan konsert ini, pasti sesuatu yang hebat akan dipersembahkan. Memori pasti terpahat dalam jiwa ‘rockers’ semua.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

CHARMS

Charms Jalin Kerjasama Strategik Lakukan R&D Bersama UTHM

FILEM TAMIL

Tiga Filem Tamil Hasil Keluaran Malaysia Ditayangkan di Netflix