in

Yang Best Tentang MALAM SENSASI BERSAMA JUDIKA

Perkhidmatan IPTV Telekom Malaysia Berhad (TM) yang pernah memenangi anugerah, HyppTV dengan kolaborasi bersama Transmedia International Sdn Bhd dan Sony Music Entertainment Malaysia hari ini secara rasminya mengumumkan ‘Malam Sensasi Bersama Judika’- sebuah showcase yang diadakan secara LANGSUNG selama satu hari untuk pelanggan HyppTV di Kuala Lumpur pada hari Jumaat, 3 Mac 2017 bertempat di West Entrance, IOI City Mall Putrajaya sebagai sebahagian daripada promosi jelajah bagi memperkenalkan single terbaharunya ‘Jadi Aku Sebentar Saja’ yang akan dimuatkan dalam album terbaharu beliau.

MALAM SENSASI BERSAMA JUDIKA

HYPPTV MEMBAWAKAN ‘MALAM SENSASI BERSAMA JUDIKA’

Pengumuman bagi showcase ‘Malam Sensasi Bersama Judika’ itu telah dihadiri oleh Judika, Emily Wee, Naib Presiden, Perniagaan dan Operasi Media, New Media, TM dan Aziana Ali, Pengurus Besar Pemasaran, Sony Music Entertainment Malaysia yang berlangsung di Menara Kuala Lumpur, rakan lokasi rasmi bagi sidang akhbar tersebut. Sony Music Malaysia turut Menyampaikan plak di atas pencapaian penjualan muat turun nada dering mencecah 2.3 juta unit di Malaysia.

Showcase istimewa menampilkan Judika dan band beliau buat pertama kalinya di Malaysia, menanti pelanggan HyppTV

Mengulas mengenai acara tersebut, Emily Wee, berkata:

“Sebagai perkhidmatan IPTV yang paling pesat berkembang di Malaysia, kami akan terus komited untuk menawarkan pelbagai himpunan kandungan bertaraf antarabangsa terbaik kepada para pelanggan kami yang memberikan mereka pengalaman tontonan terbaik, sama ada ketika berada di rumah mahupun ketika berada di luar rumah dengan aplikasi mudah alih HyppTV Everywhere dan juga membawakan kepada mereka persembahan muzik secara langsung seperti ‘Malam Sensasi Bersama Judika’ ini.”

“Kerjasama dengan Sony Music Malaysia dan Transmedia International Sdn Bhd adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk memberi ganjaran kepada pelanggan-pelanggan kami yang sentiasa menyokong HyppSensasi dan Pek Aneka HyppTV, salah satu penawaran pek nilai HyppTV paling popular. Pelbagai tawaran menarik menanti anda dalam masa terdekat ini, jadi teruskan bersama kami!”

Aziana Ali, Pengurus Besar Pemasaran, Sony Music Entertainment Malaysia berkata,

“Kami di Sony Music amat berbesar hati dan terharu dengan sokongan yang kami terima daripada TM untuk membantu kami memastikan acara kali ini berlangsung dengan jayanya.”

Judika merupakan penyanyi popular di Indonesia yang mempunyai suara seraknya yang tersendiri. Single hit beliau seperti Aku Yang Tersakiti, Bukan Aku Tapi Dia dan Setengah Mati Merindu telah berjaya mengungguli carta di stesen-stesen radio di Malaysia.

MALAM SENSASI BERSAMA JUDIKA

Judika memulakan kerjaya nyanyiannya apabila beliau mengambil bahagian dalam pertandingan “Indonesian Idol” musim ke-2. Selepas menewaskan beribu-ribu peserta lain dari seluruh Indonesia, Judika berjaya tersenarai dalam 10 terbaik. Pada peringkat akhir, beliau menunjukkan bakat nyanyian, dan mendapat tempat kedua dan detik itulah yang telah melonjakkan nama beliau dalam industri muzik.

Pelanggan HyppTV tidak lama lagi akan dapat menikmati rakaman persembahan Judika itu di HyppSensasi, Saluran 116 dan melalui aplikasi mudah alih, HyppTV Everywhere semasa Hari Raya pada bulan Julai 2017.

“Jadi Aku Sebentar Saja,” lagu yang telah digubah oleh penulis lagu Drajat. Saya tertarik dengan lagu ini sejak kali pertama saya mendengar demonya. Walaupun temponya agak sederhana, tetapi ia membawa tema yang sangat berat,” jelas Judika.

“Acap kali kita merasakan apa yang dimiliki oleh orang lain adalah lebih baik daripada apa yang kita miliki. Kita sentiasa mempunyai keinginan untuk mengikut jejak langkah orang yang lebih berjaya daripada kita. Namun, apabila kita melaluinya, kita mula sedar bahawa realitinya tidaklah seindah yang dibayangkan. Oleh itu, kita haruslah sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada,” jelas Judika.

Penyanyi tempatan dan artis Indonesia seperti Leo Danniel, Farish Irish, Fiqri Jelani, Persis dan Ary Hadre akan turut mengadakan persembahan pada showcase tersebut yang berlangsung pada 3 Mac 2017.

HyppSensasi merupakan saluran tempatan PERTAMA di HyppTV yang menayangkan pelbagai kandungan tempatan menarik berBahasa Malaysia dalam bentuk Definisi Tinggi (HD). Ianya boleh ditonton di Saluran 116 dan pada aplikasi mudah alih HyppTV Everywhere. Salah satu daripada drama bersiri terbitan HyppTV yang telah mendapat rating yang tinggi adalah ‘Syurgaku Tak Sempurna’ yang telah ditayangkan pada 16 Januari 2017, setiap hari Isnin dan Selasa pada jam 9 malam, menampilkan Shah Iskandar, Raja Ilya dan Uqasha Senrose.

HyppSensasi HD menawarkan pengalaman tontonan yang terbaik dengan ciri-ciri tontonan interaktif di mana penonton boleh menghentikan, mengulang dan mencepatkan tayangan tanpa dikenakan sebarang caj. Saluran ini ditawarkan menerusi Pek Aneka HyppTV pada harga RM30 sebulan atau secara ala-carte pada harga RM6 sebulan tanpa yuran tambahan bagi Definisi Tinggi. Saluran lain yang boleh didapati di dalam Pek Aneka HyppTV adalah HyppInspirasi HD (Saluran 111), Sony Max (Saluran 308) dan banyak lagi.

MALAM SENSASI BERSAMA JUDIKA

MALAM SENSASI BERSAMA JUDIKA

MALAM SENSASI BERSAMA JUDIKA

MALAM SENSASI BERSAMA JUDIKA

MALAM SENSASI BERSAMA JUDIKA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Info Tentang ASIA ISLAMIC FASHION WEEK 2017

KONSERT WINGS & SUPERFRIENDS – BELENGGU IRAMA