in , ,

Kemuncak Usahawan Buletin FM Pusingan Kedua

Usahawan Buletin FM pusingan kedua kini sudah memasuki minggu akhir. Dengan penyertaan lebih daripada 200 orang peserta, kini hanya 3 orang peserta akan mengharungi 4 cabaran yang diberikan dan seterusnya merebut gelaran Juara Usahawan Buletin FM pusingan kedua.

Seramai 16 orang peserta layak untuk membentangkan idea bisnes mereka dihadapan panel penganalisis antaranya Sifu Jamal, Pengasas Sifubads Sdn Bhd, Masliza Mohamad Ridzuan, Pengarah Urusan Almas Collection Sdn Bhd dan ramai lagi, serta tidak ketinggalan Coach Wan Arjunawan, CEO Entrepreneur Culture yang merupakan juri tetap untuk Usahawan Buletin FM. 

Daripada 16 orang peserta, seramai 3 orang telah dipilih untuk menghadapi cabaran seterusnya merebut dana perniagaan bernilai RM200,000. Mereka adalah Wan Nadia Farhana, 33, idea bisnes Kiddie Care Centre, Mohammad Fariz Abdullah, 44, idea bisnes sistem & aplikasi playhouse dan Zalina Noor Mohd Ali, 47, idea bisnes Kitchen Monster. 

Untuk minggu akhir ini mereka perlu menghadapi 4 cabaran, antaranya cabaran menyelesaikan masalah peniaga lain, cabaran menjual produk, cara menguruskan pelanggan dan cabaran menyediakan iklan radio mereka sendiri.  Mereka akan dinilai oleh Datuk Seri Johari Ghani, Usahawan dan pemilik perniagaan, juri tetap iaitu Coach Wan Arjunawan, CEO Entrepreneur Culture dan pihak pengurusan Buletin FM.

Kemuncak Usahawan Buletin Fm Pusingan Kedua

Ketua Pegawai Eksekutif MPA, Nazri Noran berkata, “Kami telah terima pelbagai idea bisnes dan penyertaan daripada orang ramai dan ia diketengahkan dan dipersembahkan demi menarik perhatian juri profesional. Bagi kami di Media Prima Audio, idea mengadakan Usahawan Buletin FM ini adalah sesuatu yang tepat kerana ramai di luar sana memerlukan platform untuk mereka mengetengahkan pelbagai idea bisnes yang menarik, seterusnya merealisasikan impian mereka. Sedikit sebanyak Usahawan Buletin FM ini dapat membantu mereka mengembangkan lagi idea bisnes masing-masing dan menambah ilmu pengetahuan berkenaan bisnes daripada pakar yang juga merupakan juri profesional untuk program ini. Kami mencari idea bisnes yang luar biasa dan kami bantu mereka untuk merealisasikan impian mereka dan berharap bisnes mereka itu berkembang di masa hadapan.”

Menariknya, minggu akhir Usahawan Buletin FM pusingan kedua ini turut memperlihatkan penglibatan Datuk Seri Johari Ghani, usahawan terkemuka dan pemilik perniagaan yang juga merupakan Strategis Pemulih Korporat. Penglibatan Datuk Seri Johari adalah bertujuan untuk berkongsi cerita dan pengalaman berkaitan perniagaan dalam Jejak Usahawan bersama penyampai radio Buletin FM Fokus Pagi, iaitu Ally Iskandar & Hawa Rizwana. Beliau juga akan mengadili cabaran terakhir para finalis Usahawan Buletin FM. Di dalam perkongsian beliau minggu ini mengenai perniagaan, beliau berkata, “Perkara pertama yang perlu dikenalpasti dalam dunia perniagaan adalah bisnes apa yang ingin dilakukan, sama ada restoran , stokis atau pengedar, pembuat atau peruncit. Pendek kata, para usahawan perlu memahami apa yang ingin dibuat barulah mula berniaga. Kemudian, kecilkan kepada produk apa yang ingin dibuat, dan ambil pengalaman dan belajar selok-belok mengenai bidang tersebut.Paling bagus, apabila seorang itu menjadi usahawan selepas bekerja dalam industri tertentu. Selalunya orang seperti ini akan berjaya sebab dia dah belajar daripada kesilapan di tempat dia bekerja.”

Kemuncak Usahawan Buletin Fm Pusingan Kedua

Dengarkan setiap cabaran yang dihadapi oleh finalis sepanjang minggu ini menerusi segmen Fokus Pagi Bersama Ally Iskandar & Hawa Rizwana (6 pagi – 10 pagi). Mereka bersama-sama juri profesional dan pihak pengurusan Buletin FM akan menilai cabaran yang dikemukakan. Siapakah yang bakal bergelar Juara Usahawan Buletin FM pusingan kedua? Dengarkan kemuncak Usahawan Buletin FM pada hari Jumaat, 15 Oktober 2021 untuk mengetahui siapakah yang bakal membawa pulang wang tunai bernilai RM25,000 dan RM175,000 untuk slot iklan radio. 

Buletin FM boleh didengari menerusi frekuensi 101.3FM di Lembah Klang; 90.2FM Penang; 93.6FM Kuala Terengganu; 88.6FM Kota Bharu; 107.3FM Alor Setar; 104.3FM Sarawak.

Secara alternatif, para pendengar juga boleh mendengar Buletin FM secara live streaming di www.buletinfm.audio dan YouTube Buletin TV. Untuk perkembangan dan pengisian digital berinfomatif, boleh terus ikuti laman sosial Buletin FM di Facebook Buletin FM, Instagram @buletinfm dan Twitter @buletinfm dan Whatsapp di 017-276 5656. Buletin FM juga boleh didengari menerusi aplikasi Audio+, yang boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Misha Omar Smile | 23

Konsert OSK Bersama Bintang Misha Omar di Istana Budaya

Iqbal | 24

Iqbal Mahu Rakam Lagu, Sanggup Bayar Pencipta Lagu Sebanyak Setengah Juta