in , ,

Netizen Tertanya, Isteri Dah Unfollow Shuk Sahar, Kenapa Kongsi Lirik Sedih?

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai pelawak Shuk Saharapabila isterinya, Rossa Sera memberi bayangan rumah tangga mereka kembali retak apabila meluahkan rasa di media sosial.

Terbaru, menerusi Insta Story, Sera berkongsikan beberapa klip muzik pendek lagu Tapi Bukan Aku nyanyian Kerispatih dan Take A Bow mengisahkan mengenai kecurangan.

Tidak pasti perkongsian itu ditujukan kepada siapa namun Sera seolah memberi isyarat rumah tangganya masih berdepan kesulitan. Malah, hasil tinjauan mendapati Sera dilihat tidak lagi mengikuti akaun Instagram suaminya.

Kongsi Lirik Sedih, Isteri Unfollow Shuk?

Terdahulu, Sera meluahkan rasa terkilan di atas apa yang berlaku kerana selama ini dia telah berusaha memperbaiki hubungan bersama suaminya.

Sera berkata dia mempunyai bukti kukuh dengan apa yang diluahkan sebelum ini. Katanya lagi, selama ini dia bersabar demi dua anaknya meskipun dikecam teruk oleh orang ramai kerana sering memaafkan suaminya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Memperingati & Menghayati Maulidur Rasul 2021/1443H di RTM

Konsert OSK Bersama Bintang Misha Omar di Istana Budaya