in ,

Kongsi Alamat Dalam IC, Ali Puteh Ajak Netizen Tak Puas Hati Bersemuka

PELAWAK Ali Puteh berkongsi gambar alamat rumah daripada MyKad miliknya di Instagram bagi memudahkan warganet yang ingin bersemuka bagi membincangkan isu yang membelenggu keluarganya sejak kematian abang, Allahyarham Abam Bocey.

KEMELUT antara pelawak Ali Puteh dan kakak iparnya iaitu Nor Hidayah Mohd Ali masih menjadi perbualan hangat netizen selepas kedua-dua mereka membuat keputusan membawa perkara itu ke mahkamah.

Isu itu menjadi perhatian netizen yang terus menerus mengecam dan menyalahkan tindakan Ali yang membalas saman balu kepada Allahyarham abangnya yang juga pelawak Abam Bocey.

Kongsi Alamat Dalam IC, Ali Puteh Ajak Netizen Tak Puas Hati Bersemuka

Berang dengan perkara itu, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 31, menerusi laman Instagram berkongsi alamat kediamannya tang tertera di kad pengenalan kepada netizen yang tidak berpuas hati untuk bersemuka.

“Itu saya cakap… kalau tak tahu hal rumah tangga orang diam. Meh la sembang depan-depan senang, cari dosa kering buat apa.

“Itu alamat dah bagi. Sembang deras sana sini buat apa, meh (mari) bersemuka borak, kan senang. Ala Melayu ini… pumpang pumpang alamat dah bagi kan,” kata Ali.

– Ali Puteh

Sebelum itu, ruang komen di perkongsian Intagram pelawak itu dipenuhi dengan pendapat netizen yang menyuarakan pandangan mereka mengenai isu tuntutan yang dibuat oleh Nor Hidayah.

“Cerita dekat media macam Hidayah saman dia. Padahal itu prosedur biasa menuntut harta sepencarian jika suami meninggal.

“Cerita kat media macam Hidayah saman kau sebab tak puas hati. Lepas itu kantoi PDF tulis gelaran biadab. Ingat pakai kopiah itu terus jadi betul la kau?

“Ingat keturunan Syed itu jaminan berilmu ke?” tulis salah seorang netizen di laman Instagram.

– Netizen

Menurutnya, dia bukan mahu menunjukkan bahawa dia kuat atau hebat, sebaliknya terbuka untuk menerima sebarang pandangan dan membuat perbincangan.

“Saya ada menerima lebih 6,000 mesej di Instagram. Rata-rata, ada yang meminta maaf kerana keterlanjuran kata-kata mereka terhadap saya sekeluarga, manakala sekitar lima peratus lagi, menulis kecaman.

“Jadi, saya terbuka untuk menerima sebarang pandangan dan kalau ada yang ingin bersemuka, saya sediakan alamat supaya mereka datang. Tapi, tak ada pun yang datang,”

– Ali Puteh

Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 31, berkata, dia bukan ingin menunjukkan bahawa dirinya hebat sebaliknya ingin menjelaskan situasi yang berlaku.

“Saya bukan nak tunjuk saya hebat atau kuat, tapi saya tak mahu orang cakap, saya putar belit. Jadi, biar jumpa secara bersemuka,”

Ali Puteh

Ali juga mengucapkan terima kasih kepada pengikut di Instagram yang terus menerus memberikan sokongan kepadanya.

“Ada antara pengikut saya yang tak henti-henti menulis mesej dan memberikan kata semangat . Sedikit sebanyak, itu yang menjadi kekuatan untuk saya,”

– Ali

Di Instagram, gambar alamat dari MyKad yang kongsikan Ali sejak semalam itu, menerima hampir 2,500 ‘like’ dan hampir 1,500 komen daripada warganet.

Ali sebelum ini menyaman balas kakak iparnya, Nor Hidayah Mohd Ali selepas beberapa saman difailkan oleh Hidayah terhadap dia serta ibunya, Sabariah Arshad.

Nor Hidayah terlebih dahulu memfailkan saman terhadap Ali serta keluarganya dan antara melibatkan tuntutan faraid, tuntutan hak penjagaan anak, tuntutan kereta dan sebagainya.

Pada 27 Ogos lalu, Ali juga bertindak memfailkan saman balas terhadap Nor Hidayah dan jutawan kosmetik Datuk Aliff Syukri Kamarzaman.

Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Selepas Kehilangan Suami & Anak, Kini Ibu Mertua Nora Pula Meninggal Dunia

Kapsyen Elfira Loy Senyuman Dah Jadi Edisi Terhad di IG Undang Kerisauan Peminat