in , ,

Kisah Sedekad Perjalanan Seni Cakra Khan Dalam Single SALAH TAPI BAIK

Penyanyi Terkenal Indonesia Berkongsi Cerita Tentang Hidup, Cinta, Salah Dan Baik Menerusi Karya Terbaharu Yang Menyentuh Hati

Tidak terasa seperti 10 tahun sudah pun berlalu perjalanan seni Cakra Khan di Indonesia, bermula dengan single pertamanya, kerjaya beliau berjalan dengan cemerlangnya, namun itu tidak bermaksud Cakra tidak pernah mengalami kisah duka, pahit dan jerih seperti lagu-lagu hits yang pernah dinyanyikan beliau.

Pengalaman pahit yang dilaluinya menjadikan Cakra seorang yang kuat dan semakin kendiri. Suara emas yang dimilikinya disertai dengan penghasilan yang tidak pernah putus, membuatkan namanya tidak pernah luput dan lagu-lagunya sering kali ditunggu-tunggu kemunculannya oleh peminat setianya.

Kisah Sedekad Perjalanan Seni Cakra Khan Dalam Single SALAH TAPI BAIK

Segala yang dilalui oleh Cakra selama sedekad, banyak mengajar dirinya. Tentang hidup, cinta, salah dan baik. Seperti lagu terbaharu beliau yang bertajuk ‘Salah Tapi Baik’ yang menjadi penutup bagi tahun 2020 dalam kisah 10 tahun perjalanannya.

“Ada bahagia tapi tak bersama” merupakan salah satu bait lirik yang terdapat dalam lagu ‘Salah Tapi Baik’. Sebuah lagu yang menyentuh hati tentang pengalaman yang mendewasakan dan kematangan diri. Membawa maksud bahawa tidak semua perkara itu tidak baik, kerana rindu dan doa adalah perkara yang baik.

Ketika ditemuramah, Cakra mengaku bahawa beliau sangat bangga dan terharu diberi kepercayaan membawakan lagu ini. Sebuah lagu yang merupakan hadiah daripada 3 individu penting yang menjadi saksi perjalanan hidupnya dari hari pertama lagi, iaitu Pak William Chow, Putri Rahartana dan sahabat karibnya, Ade Govinda. 

Kisah Sedekad Perjalanan Seni Cakra Khan Dalam Single SALAH TAPI BAIK

“Ini adalah karya paling istimewa sepanjang kerjaya saya, bukan hanya indah, lagu ini sangat dekat dengan perasaan dan hati saya”.

– Cakra Khan

Salah Tapi Baik’ merupakan sebuah lagu easy listening yang dicipta secara minimal, di mana tumpuan diberikan pada liriknya yang kuat dan mempunyai maksud yang mendalam. Melodinya dicipta dengan begitu halus sekali, ditambah pula dengan suara lunak Cakra yang tidak perlu dipertikaikan lagi secara kekuatannya lantas melengkapi keindahan lagu ini. Lagu ini pasti menambat para pendengar dan penggemar muzik.

Lagu ini dilancarkan pada 18 Disember 2020 dengan pelbagai acara sekaligus, diputarkan serentak di 18 buah stesen radio di 18 buah kota yang berbeza, 18 pemain muzik, konsert muzikal istimewa ‘Kisah 10 Tahun Salah Tapi Baik’ yang ditayangkan serentak oleh 18 rakan media, bukan hanya di Indonesia, bahkan Malaysia juga. Yang pastinya, lagu ini boleh didengarkan di seluruh platform digital bermula pada tarikh yang sama.

Semoga lagu ini menjadi ‘pengubat rindu’, mewakili mereka di luar sana yang masih setia mencintai dan merindui dalam doa.

Menurut FerosKetua Label Muzik, Rocketfuel Records,

”Pendapat beliau lagu ini akan menambat hati ramai orang diluar sana dan juga mendapat tempat di hati para pendengar radio di Malaysia.”

Feros

Lagu ‘Salah Tapi Baik’ boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer bermula 18 Disember 2020. Manakala video muzik lagu ‘Salah Tapi Baik’ ini juga boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube MyMusic Records pada hari yang sama.

Kisah Sedekad Perjalanan Seni Cakra Khan Dalam Single SALAH TAPI BAIK

Tajuk               : Salah Tapi Baik

Artis                : Cakra Khan

Lirik                 : William Chow, Ade Govinda & Putri Rahartana

Komposer       : William Chow, Ade Govinda & Putri Rahartana

Kalau sedih itu ada

Kalau tangis itu ada

Mengapa tidak ada air mata

Kalau rasa itu ada

Mengapa ini tak berasa

Kalau cinta indah

Kenapakah sakit

Kalau senyum itu ada

Kalau sentuh itu ada

Mengapa kisah ini tidak nyata

(Chorus)

Kalau sayang itu ada

Mengapa ini tak sempurna

Ada bahagia tapi tak bersama

Didoaku

Kutemukan tatapmu lagi

Kuhidupkan senyumanmu kembali

Bertemu kamu

Didoaku

Kau peluk tubuhku kembali

Berdua hidup dalam doa ini

Cinta ini salah tapi baik

Kalau semua ini salah

Kalau semua ini derita

Kenapa Tuhan pertemukan kita

(Chorus)

Cinta ini salah tapi baik

Kisah ini hidup di doaku

Cinta ini salah tapi baik

Cinta ini salah tapi baik

Kisah Sedekad Perjalanan Seni Cakra Khan Dalam Single SALAH TAPI BAIK

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Terima Kecaman, Ugutan, Fitnah & Body Shaming, Wani Comel Buat Laporan Polis

Hati-Hati dengan Taktik Scammer Terbaru, Kini Menyamar sebagai Pihak TM