in ,

Terima Kecaman, Ugutan, Fitnah & Body Shaming, Wani Comel Buat Laporan Polis

SELEBRITI media sosial, Wani Comel yang sebelum ini mendakwa dirinya dianiaya oleh seorang usahawan kosmetik mengambil keputusan untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Setelah menerima kecaman, ugutan, fitnah dan body shaming, Wani Comel mengambil keputusan untuk membuat laporan polis.

Berkongsi mengenai perkara berkenaan di Instagram miliknya, Wani berkata pihaknya juga sudah dapat mengesan individu yang menggunakan akaun Instagram palsu dan semua maklumat diserahkan kepada pihak polis.

Terima Kecaman, Ugutan, Fitnah & Body Shaming, Wani Comel Buat Laporan Polis

“Selesai report polis terhadap mereka yang tak henti-henti ganggu hidup saya dan keluarga saya.

“Saya juga perlu kehidupan. Saya tak ganggu sesiapa pun tapi kenapa semua diluar sana tak habis-habis ganggu saya,” luah Wani.

– Wani Comel

Menurutnya, apa yang lebih menyedihkan apabila terdapat juga kecaman yang telah membabitkan keluarga serta arwah ayahnya.

“Kecam saya dan ahli keluarga saya hingga ke arwah ayah saya. Dan ada yg samakan saya dengan muka pembunuh. Apa dosa saya pada awak semua? Adakah saya tak berhak utk hidup seperti mana orang lain? 

“Kenapa masih tak sudah-sudah memburukkan saya hina fizikal tubuh badan saya. Adakah saya keji dan jijik sangat di mata anda semua?”

– Wani Comel
Selepas Bedah Potong Usus, Wani Comel Dakwa Diperguna Usahawan Kosmetik

Pada masa sama, gadis yang terbabit dengan kontroversi bersama usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri itu juga mengingatkan supaya netizen supaya berhati-hati dengan penulisan yang dibuat.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rancang Kahwin di Tahun 2021, Lee Kwang Soo & Lee Sun Bin Sudah Beli Rumah

Kisah Sedekad Perjalanan Seni Cakra Khan Dalam Single SALAH TAPI BAIK