in , ,

Kilafairy Ganti Hanez Suraya Dalam Teater Projek Kahwin

Portal Mstar Online hari ini melaporkan pelakon Kilafairy telah ditawarkan untuk menggantikan tempat Hanez Suraya dalam pementasan teater Projek Kahwin yang akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Jun ini. Ia berikutan selepas Hanez membuat keputusan menarik diri daripada pementasan teater tersebut gara-gara kontroversi percintaannya dengan ahli perniagaan, Romie Razin Adilha yang masih bergelar suami orang. Mungkin kali ini rezeki Kilafairy untuk menonjol sebagai pelakon teater pula.

kilafairy

Penerbit teater tersebut, Mohd Amer Shafiq Khalip atau lebih dikenali sebagai Shawn Amer berkata, bagaimanapun pihaknya di bawah syarikat Mask Team itu belum ‘mengikat’ aktres itu menerusi sebarang perjanjian kontrak lagi.

“Tidak dinafikan, Kilafairy antara pelakon yang disenarai pendek untuk menggalas watak Hanez sebagai Nisa. Tetapi kami belum membuat sebarang ikatan kontrak lagi. Dalam pada itu, pihak kami turut membuat senarai pendek beberapa pelakon lain yang sesuai untuk menggalas watak tersebut. Pihak kami akan membuat pengumuman rasmi di Istana Budaya pada Selasa ini.”

Sementara itu, Shawn berkata, walaupun Hanez menarik diri, namun pihaknya masih belum memberi maklum balas secara hitam putih kepada pelakon itu lagi. Malah pemilihan pelakon lain yang dilakukan oleh pihak produksi itu sekadar perancangan ‘plan B’ sekiranya Hanez benar-benar tidak terlibat dengan teater tersebut.

“Setakat ini, Hanez tidak pernah memberi masalah kepada pihak produksi, tetapi kami hormat dengan apa saja keputusannya.”

Projek Kahwin yang akan dipentaskan bermula 6 hingga 14 Jun depan turut menampilkan barisan pelakon seperti Izzue Islam, Shah Iskandar, Imam Muda Asyraf, Sherry Alhadad dan Zulin Aziz.

Tiket untuk menyaksikan pementasan teater itu dijual pada harga RM35, RM55, RM85, RM185 dan RM225 dan tempahan tiket boleh dibuat menerusi AirAsiaRedTix.com atau di kaunter Box Office Istana Budaya.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi Amirul di talian 013-3962612.

Korang dah beli tiket ke?

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

VELVETBAND Muncul Dengan Single Terbaru JANGAN PERNAH

UNIQLO Malaysia Launches All-Product Recycling Initiative