in

VELVETBAND Muncul Dengan Single Terbaru JANGAN PERNAH

VELVETBAND merancakkan lagi industri muzik tanah air pada tahun 2014 apabila muncul dengan single terbaru mereka berjudul “Jangan Pernah”. Band yang ditubuhkan pada Januari tahun 2013 ini pernah muncul dengan single hits berjudul “Luka” dan mendapat sambutan yang positif di stesyen radio terkenal tanah air.

Permulaan baru bagi VELVETBAND untuk tahun 2014 apabila mengetengahkan lagu “Jangan Pernah” sebagai single kedua mereka. “Jangan Pernah” adalah hasil karya sendiri kumpulan VELVETBAND dan liriknya ditulis oleh Iqa (vokalis kumpulan VELVET BAND dan finalis Mentor 5).

VELVETBAND

VELVETBAND adalah trio band yang berkonsepkan pop rock dan mempunyai 3 orang anggota iaitu Iqa (vokalis dan pemain bass), Shana (pemain gitar dan suara latar), dan Lan (pemain drum) yang turut berpengalaman beraksi di pentas indie.

“Jangan Pernah” berkisarkan tentang sebuah perhubungan cinta yang telah berakhir, tentang perasaan, kesetiaan, kesedihan seorang wanita kerana terlalu mencintai kekasihnya, tidak rela berpisah dengan mengharapkan cintanya kembali.

“Kekuatan lagu ini adalah pada melodi serta dibantu dengan lirik lagu yang mudah difahami, dan susunan vokal yang lebih mencabar daripada single kami yang terdahulu. Gabungan daripada elemen terbabit, secara keseluruhannya kami mempunyai keyakinan bahawa lagu Jangan Pernah mampu menarik minat pendengar muzik tanah air” kata Iqa, vokalis kumpulan VELVETBAND.

VELVETBAND turut merancang untuk menghasilkan muzik video “Jangan Pernah” bagi merancakkan lagi aktiviti promosi single terbabit yang dijangka bakal melalui penggambaran pada penghujung bulan Mac 2014 sebelum sedia dilancarkan pada bulan Mei 2014.

VELVETBAND dalam persiapan terakhir mereka sebelum terikat dengan jadual promosi yang padat pada bulan April. Semoga VELVETBAND mampu meneruskan kegemilangan band pop rock tanah air dengan hasil karya kreatif mereka.

Untuk maklumat lanjut mengenai perkembangan VELVETBAND anda boleh mengunjungi laman Facebook di https://www.facebook.com/wearevelvet , Twitter di https://twitter.com/wearevelvet , dan Instagram di http://instagram.com/wearevelvet , serta di YouTube http://youtube.com/wearevelvetband . “Jangan Pernah” juga telah dipasarkan secara digital semua di syarikat telekomunikasi terkenal tanah air dan juga boleh dimuat turun di iTunes.

VELVETBAND

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelakon The Amazing Spider-Man 2 Meriahkan Earth Hour Singapura

Kilafairy Ganti Hanez Suraya Dalam Teater Projek Kahwin