in ,

Hanez Suraya Sah Bergelar Isteri Romie

Pelakon kontroversi Hanez Suraya sah bergelar isteri kepada Romie Razin Adilha Abd Rais dengan sekali lafaz tepat pukul 11.25 pagi pada majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Putra di sini pada Sabtu.

Hanez atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abdul Aziz, 30, dinikahkan oleh bapanya sendiri, Abdul Aziz Mohd Said di hadapan Imam Besar Masjid Putra, Abd Manaf Mat.

Pada majlis berkenaan, pelakon itu menerima mas kahwin berjumlah RM20,000 dan wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Pengantin lelaki turut menyerahkan tujuh dulang barang hantaran iaitu tepak sirih, Al Quran, mas kahwin dan wang hantaran, rantai, wangian dan alat solek, beg tangan dan sepasang kasut.

Sebagai balasan, pihak pengantin perempuan membalas sembilan dulang iaitu sirih junjung, Al Quran dan sejadah, kek, buah-buahan, wangian, tali pinggang, baju dan seluar, beg dan sepasang kasut.

Pada majlis itu, seramai 200 tetamu hadir menyaksikan pernikahan itu yang terdiri daripada ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan wakil media.

Pasangan itu terdahulu mengikat tali pertunangan pada 3 Januari lalu dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di Seremban, Negeri Sembilan.

Sebelum ini, Hanez pernah mencetuskan kontroversi apabila dituduh menjadi perosak rumah tangga Romie bersama bekas isterinya Nurliyana Abd Manan.

Sementara itu, pasangan berkenaan bakal mengadakan majlis resepsi di kediaman Hanez di Seremban.

Sumber: Mstar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Teaser Call Me Baby dari EXO Jadi Trending di Youtube Malaysia

Laporan Asian Games Primeworks Studios TV3 Rembat Anugerah Media Sukan