in ,

Khai Bahar Menyuntik Semangat Anak Muda Menerusi Lagu ‘Lat Tali Lat’

Selepas memenangi Penyanyi Pilihan Alha Alfa di pentas Anugerah Juara Lagu 37, Khai Bahar terus berjuang dan kali ini beliau membawa sedikit kelainan dengan lagu bergenre pop menerusi lagu terbaharunya ‘Lat Tali Lat’. 

‘Lat Tali Lat’ merupakan hasil nukilan daripada komposer berbakat iaitu Johan John ataupun lebih dikenali sebagai Bob Junior. Lirik yang dicipta oleh Khaleel membuatkan lagu ini lebih unik kerana ia dapat menyuntik semangat anak-anak muda pada masa sekarang untuk menghargai dan terus mengekalkan permainan tradisional agar tidak hilang ditelan arus zaman moden.

Khai Bahar meletakkan sepenuh komitmen beliau yang membuatkan lagu ini hanya mengambil masa 3 jam sahaja dalam pembikinan.

Lagu ini telah dipilih sebagai runut bunyi bagi drama komedi seram, Puaka Cuti Semester yang sudah mula bersiaran pada 24 Ogos 2023 yang lalu di platform Tonton. Tajuk lagu ini amat sesuai kerana drama ini menampilkan unsur permainan tradisional anak-anak Melayu suatu ketika dahulu. 

Drama ini mengisahkan tentang lima orang pelajar kolej iaitu Iqsan, Zubir, Fahmi, Leha dan Aina yang mempunyai latar belakang berbeza. Cuti semester telah pun tiba, namun mereka semua tidak pulang ke rumah masing-masing atas alasan tersendiri.

Pada suatu hari, mereka diganggu oleh pelbagai gangguan mistik. Berjayakah kelima-lima pelajar ini merungkai gangguan yang dihadapi mereka? 

Jangan lepaskan peluang anda untuk muat turun lagu ‘Lat Tali Lat’ di iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, Apple Music, Youtube Music, KKBox, Tidal dan Deezer. Untuk mendapatkan maklumat terkini, sila layari platform media sosial Khai Bahar  menerusi: Instagram: @khaibahar94, Tiktok: @khaibahar_94 , Facebook: @khai Bahar Official.

Khai Bahar Menyuntik Semangat Anak Muda Menerusi Lagu ‘Lat Tali Lat’

Turut disertakan adalah lirik lagu  “Lat Tali Lat”:

Kanan Kiri

Aku toleh berkali

Seram sejuk

Roma aku berdiri

Datang dan pergi

Bayangan yang misteri

Imaginasi

Atau realiti

Pre

Ruangan sedar atau mimpi

Fantasi zahirkan diri

Terjerat ku terkunci

Di gari

C/O

Di pukau aku bak di kacau

Meracau di luar sedar 

Keras di mainkan kau

Di kacau aku bak di pukau

Lintas hitam putih mengilai

Tinggi di awan

Lat tali lat siapa nak jaga

Takut nanti tak berdaya

Tinggal semua

Kanan Kiri

Bayangan yang misteri

Seram sejuk

Roma ku berdiri

Pre

Ruangan sedar atau mimpi

Fantasi zahirkan diri

Terjerat ku terkunci

Di gari

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

CAPRICE FARRA INALIS NIKAH

Caprice Teruja Umum Isteri Hamil Lima Bulan Selepas Asyik Tertangguh

ROZITA CHE WAN

Rozita Che Wan Rasa Bingung, Luah Rasa Kecewa Akaun Instagram Digantung