in , ,

Rozita Che Wan Rasa Bingung, Luah Rasa Kecewa Akaun Instagram Digantung

Kata Rozita atau Che Ta lagi, dia diberi tempoh masa hingga 13 Mac 2024 untuk melakukan rayuan.

Aktres dan ahli perniagaan popular, Rozita Che Wan bingung dan kecewa apabila akaun Instagram (IG) @rozitachewan1 digantung atas alasan kononnya melakukan aktiviti agresif selain tidak mengikuti garis panduan komuniti ditetapkan sejak 15 September lalu.

Menurut ibu kepada tiga cahaya mata itu, serentak dengan itu, dia turut menerima emel daripada pihak IG untuk mengambil tindakan segera termasuk melakukan rayuan jika tidak mahu kehilangan akaun berkenaan.

Kata Rozita atau Che Ta lagi, dia diberi tempoh masa hingga 13 Mac 2024 untuk melakukan rayuan.

“Sejak akaun digantung, saya sudah melakukan banyak kali rayuan. Namun belum berhasil.
“Malah saya juga sudah beberapa kali menghubungi pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk meminta pertolongan. Tapi kecewa tak pernah berangkat,”

– Rozita Che Wan
Rozita Che Wan Rasa Bingung, Luah Rasa Kecewa Akaun Instagram Digantung

Kata Che Ta yang bakal muncul dengan filem Mat Kola arahan Hafiz Nafiah tak lama lagi, dia hampir buntu mengenangkan nasib dan ujian yang hadir.

“Selama ini dengan IG jugalah saya menjana pendapatan dan beroleh rezeki menjual produk keluaran sendiri, by RCW.
“Saya juga melakukan ulasan promosi produk di platform sama.
“Tapi sudah jadi begini, siapa yang tak sedih. Kini buat sementera waktu, saya guna platform media sosial lain seperti TikTok,”

– Rozita Che Wan

Che Ta yang pernah meledak menerusi watak Kiah Pekasam berkata, hingga kini dia tidak putus harap berdoa semoga dapat kembali memiliki akaun IG berkenaan.

“Tak mampu bayangkan jika akaun IG itu ‘lesap’ begitu saja. Sehingga kini IG saya sudah mempunyai 5.2 juta pengikut.
“Dari kerendahan hati dan diri, saya berharap akaun IG itu akan saya perolehi semula.
“Kalau ada pihak yang boleh membantu saya mendapatkan semula akaun IG itu, saya amat hargai. Mungkin mereka boleh hubungi kawan saya atau menghantar mesej langsung ke akaun IG anak, suami atau teman rapat saya,”

– Rozita Che Wan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

KHAI BAHAR

Khai Bahar Menyuntik Semangat Anak Muda Menerusi Lagu ‘Lat Tali Lat’

SID MURSHID

Selain Handal Memasak, Sid Murshid Tampil Dengan Lagu Baharu I X KESAH