in , ,

LoveLove OMG!OMG! WinWin

Kerja Gila, Alif Satar Sahut Cabaran Ironman Langkawi 2019

“Alhamdulillah, saya berjaya melakukannya. Mungkin ini perkara paling gila pernah saya lakukan.

“Berenang sejauh 3.8 kilometer (km), berbasikal 180 km dan berlari 42 km, semuanya saya sempurnakan dalam 15 jam 6 minit 50 saat,” tulis penyanyi, pelakon dan pengacara Alif Satar dalam satu muat naik di Instagram sebaik menamatkan cabaran Ironman Langkawi 2019, semalam.

Alif yang menamatkan cabaran itu pada jam 11.07 malam tadi mengakui, perasaan itu sukar diungkapkan, malah berterima kasih kepada mereka yang hadir memberikan sokongan dan kata semangat sepanjang pertandingan berlangsung.

“Saya minta maaf jika sorakan tidak berbalas. Keadaan mental saya tidak baik ketika itu. Namun, Alhamdulillah, saya berjaya melepasinya,” katanya yang turut berjanji untuk berkongsi pengalaman itu dalam masa terdekat.

ALIF menemui kepuasan tersendiri apabila menyertai cabaran Ironman Langkawi 2019. Foto IG Alif Satar

Terdahulu, Alif mengakui, Ironman Langkawi 2019 memberikan cabaran besar, terutama apabila terpaksa berbasikal sejauh 180 km.

Perkongsian itu menerima ucapan tahniah daripada pengikutnya yang menyifatkan pencapaian Alif sebagai inspirasi untuk mengukir kecemerlangan dalam setiap pekerjaan yang mereka lakukan.

Ia adalah percubaan kedua penyanyi lagu Sesungguhnya itu dalam cabaran sama.

Tahun lalu, Alif mencatatkan masa 6 jam 42 minit untuk menamatkan perlumbaan keseluruhan sejauh 112.7 km, membabitkan berenang sejauh 1.6 km, berbasikal 90 km dan berlari sejauh 21.1 km.

Sumber: Berita Harian

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Astro & Oh!K Thrills Thousands Of Fans With Highly-Anticipated Visit of ‘I Live Alone’ star

Senarai Lagu Tugasan Konsert Gegar Vaganza 6 Minggu Ke-4