in , ,

Senarai Lagu Tugasan Konsert Gegar Vaganza 6 Minggu Ke-4

Masih berbaki 11 peserta, persaingan program realiti Gegar Vaganza musim keenam (GV6) diteruskan untuk minggu yang keempat, Ahad ini.

Membariskan penyanyi Naqiu (Boboy), Nur Fatima, Wann, Sham (Visa), kumpulan Kool (Hairie & Riot), Noorshila Amin, Jatt Ali, Feeza, Roy, Hady Mirza dan One Nation Emcees. Menerusi tema ‘Haa Tepok’ dalam konsert yang bakal berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu, setiap peserta dikehendaki membawakan lagu-lagu duet bersama bintang undangan masing-masing. 

SENARAI LAGU KONSERT GEGAR VAGANZA 2019 MINGGU 4

  1. Naqiu Boboy (duet bersama Siti Nordiana) – Gurauan Berkasih (Spin & Siti Nordiana) 
  2. Wann (duet bersama Aris Ariwatan) – Engkau Laksana Bulan (P. Ramlee) 
  3. Sham Visa (duet bersama Marsha Milan) – My Heart (Irwansyah & Acha Septriasa) 
  4. Jatt (duet bersama Ayai Ilusi) – Debunga Wangi (Lefthanded) 
  5. Nurfatima (duet bersama Liza Hanim) – Anggapanmu (Ziana Zain) 
  6. Hady Mirza (duet bersama Siti Sarah) – Kisah Ku Inginkan (Datuk Seri Siti Nurhaliza & Judika) 
  7. One Nation Emcees (duet bersama Azharina Azhar) – Layar Impian (Ella) 
  8. Kool (duet bersama Farawahida) – Siapa Dia Sebelum Daku (Francissca Peter & Royston Sta Maria) 
  9. Roy (duet bersama Amelina) – Yang Tersayang (Amelina & Iwan) 
  10. Feeza (duet bersama Hafiz Suip) – Bagaikan Sakti (M. Nasir & Datuk Seri Siti Nurhaliza) 
  11. Noorshila Amin (duet bersama Syamel) – Aku Cinta (Syamel & Ernie Zakri)

Pemarkahan dihakimi barisan juri tetap yang terdiri daripada pengarah muzik Datuk Ramli MS dan penyanyi lagenda Indonesia, Hetty Koes Endang, bersama seorang juri undangan mingguan. 

Konsert GV6 di bawah kendalian hos Nabil Ahmad dan Jihan Muse, bersiaran secara langsung setiap Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria.

Juga boleh diikuti di platform digital dengan melayari laman sesawang rasmi Gegar Vaganza dan Youtube Astro Gempak.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Kerja Gila, Alif Satar Sahut Cabaran Ironman Langkawi 2019

Aishah Azman Elak Berlakon Dengan Syafie Naswip, Bekas Tunang