in , ,

Wajah Cantik Lebih Penting, Kenyataan A.Aida Merosakkan Industri Seni

Industri kita wajar diberikan kredit dengan dilihat lebih bijak dan dihormati

Stesen penyiaran TV swasta percuma, Awesome TV sekali lagi menegaskan bahawa bakat merupakan kriteria utama dan cukup penting dalam menentukan pembabitan mana-mana selebriti yang menjayakan sesebuah nashkah terbitannya.

Faktor-faktor lain seperti berperwatakan menarik, berwajah cantik, tampan dan seumpamanya hadir sebagai aspek bonus kepada bakat yang ada pada mereka. 

Mengulas lanjut mengenai isu pemilihan artis yang berwajah cantik dan tampan lebih diutamakan dari bakat, pihak Awesome TV terpanggil untuk memberi komen mengenai perkara ini.

Sejujurnya kami tidak bersetuju apabila A.Aida mengatakan bahawa bakat tidak penting tetapi wajah yang cantik dan tampan adalah lebih utama dalam menentukan kejayaan sesebuah karya.

Saya pasti ramai penggiat seni di luar sana bersetuju apabila kami menegaskan bahawa kenyataan seumpama ini tidak bijak dan merosakkan industri seni negara terutamanya dari seorang ahli Lembaga Pengarah FINAS,”

Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV, Dato’ Adam Ilyas. 
Profile shot Dato Adam Ilyas

“Dari hari pertama kami bersiaran pada Ogos 2020, kami tidak mengamalkan diskriminasi dalam menentukan pembabitan mana-mana anak seni dalam program terbitan kami. Bakat sentiasa dijadikan faktor nombor satu yang kami tekankan dan kami juga sentiasa menggalakkan persaingan yang sihat di kalangan pelakon tanah air seawal sesi pemilihan pelakon.

Kami juga memberi peluang sama rata kepada semua penggiat seni yang memainkan peranan di depan dan di belakang lensa kamera, merentasi setiap peringkat umur. Berbanding dengan memiliki wajah yang cantik dan tampan sahaja, kami lebih memberi fokus kepada bakat serta kualiti kandungan sesebuah program. 

Secara konklusifnya, sesebuah karya perlu ada keseimbangan untuk menjadikannya hebat dan diterima ramai. Bakat, strategi pemasaran, jalan cerita serta pengarahan yang baik adalah formula yang tepat untuk berjaya menarik tontonan masyarakat. Sokongan rakan-rakan media yang sentiasa memberikan publisiti pada sesebuah program atau karya yang dihasilkan turut membantu dalam menentukan kejayaan produk tersebut. 

Dalam hal ini, kami merasakan bahawa pihak FINAS perlu mengambil tindakan tegas terhadap A.Aida. Kenyataan A.Aida jelas menunjukkan beliau tidak layak berada di dalam FINAS, apatah lagi menggalas tanggungjawab sebesar ahli Lembaga Pengarah.” 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Sorry Naik Lori, Nilai Yang Perlu Dibayar Disebalik Populariti 

Bicara Inspirasi Nona Istimewa Sempena Ulang Tahun Nona Ke-37