in

Kempen Derma Darah & Pameran Pendidikan Kesihatan

KEMPEN DERMA DARAH DAN PAMERAN PENDIDIKAN KESIHATAN SIRI 2/2011 ANJURAN MASJID NEGARA SEMPENA HARI PAHLAWAN 2011 PADA 29 JULAI 2011

Jalan Perdana, Kuala Lumpur, 19 Julai – Adalah dimaklumkan bahawa Unit Perhubungan Awam dan Pusat Sumber, Masjid Negara, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menganjurkan Kempen Derma Darah dan Pameran Pendidikan Kesihatan Siri 2/2011 sempena Hari Pahlawan 2011. Program sehari tersebut akan diadakan pada hari Jumaat, 29 Julai 2011 bermula jam 10.00 pagi sehingga jam 4.00 petang di Anjung Makam Pahlawan, Masjid Negara, Jalan Perdana, Kuala Lumpur.

Antara objektif utama Program tersebut diadakan ialah sebagai salah satu langkah membantu Pusat Darah Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengisi tabung darah mereka di mana ianya dapat menggalakkan orang ramai serta pelawat Masjid Negara untuk menderma darah sambil beramal. Selain itu, ianya sebagai alternatif kebajikan Masjid Negara kepada masyarakat umum.

Selain daripada itu, orang ramai dapat berkunjung untuk menyaksikan pameran di mana ia dapat memberi informasi dan pendidikan yang berguna dan bermaklumat tentang kesihatan. Hasilnya, program-program sebegini dapat terus mengimarahkan Masjid Negara sebagai masjid yang utama di Malaysia.

Antara Jabatan atau Agensi yang telah menyatakan persetujuan untuk mengadakan pameran pendidikan kesihatan selain daripada Pusat Darah Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia ialah Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) yang akan membawa pelajar-pelajar perubatan mereka untuk mengadakan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada para pengunjung. Di samping itu, Klinik Pergigian Tanglin akan membuat pemeriksaan gigi secara percuma kepada orang ramai yang datang semasa Program tersebut dijalankan.

Selain itu, Jabatan atau Agensi lain yang turut serta mengadakan pameran pendidikan kesihatan adalah:
1. Bahagian Hub Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
2. Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan
3. Pusat Sumber Transplan Nasional, Hospital Kuala Lumpur
4. Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia
5. Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)
6. Majlis Aids Malaysia dan
7. Yayasan Wanita Islam Malaysia (YATI)

Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) cawangan Kuala Lumpur juga akan membuka kaunter pendaftar pemilih bagi orang ramai yang belum membuat pendaftaran sebagai pemilih. Selain dapat menderma darah dan menyaksikan pameran pendidikan kesihatan, orang ramai juga boleh menjalankan tanggungjawab mereka sebagai rakyat Malaysia untuk mendaftar sebagai pemilih dan boleh mengundi apabila Pilihanraya Umum diadakan kelak.

Oleh yang demikian, orang ramai di sekitar Lembah Klang khasnya, dan rakyat Malaysia amnya dijemput hadir beramai-ramai ke Kempen Derma Darah dan Pameran Pendidikan Kesihatan Siri 2/2011 anjuran Masjid Negara tersebut.

Program ini terbuka kepada orang ramai tidak mengira bangsa mahupun agama kerana sebagai rakyat Malaysia yang sentiasa prihatin, kita seharusnya bertanggungjawab untuk membantu satu sama lain untuk membuat kebajikan dengan menderma darah, di samping memperolehi ilmu daripada informasi dan maklumat terkini berkaitan dengan kesihatan apabila berkunjung ke Program ini nanti.

DSCN1118

DSCN1127

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Kids Sing the Blues with Chelsea

Sekitar Karnival Upin & Ipin di Johor