in

Sekitar Karnival Upin & Ipin di Johor

KEMERIAHAN KARNIVAL UPIN & IPIN
LEBIH 150,000 YANG MENGUNJUNGI KARNIVAL
KARTUN ANIMASI NO. 1 MALAYSIA!

Tahun ini, TV9 telah membawakan satu lagi keriangan kepada peminat setia Upin & Ipin, dengan satu karnival pada 16 & 17 Julai lalu yang tertumpu hanya kepada kartun animasi Nombor 1 Malaysia ini. Karnival Upin & Ipin yang dilaksanakan buat pertama kalinya dengan kerjasama Les Copaque secara gilang-gemilang telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor dan telah menerima kunjungan lebih dari 150,000 orang yang berpusu-pusu masuk ke dewan untuk melihat dan menikmati pelbagai aktiviti menarik yang disediakan sepanjang dua hari tersebut.

DSC_6685

Karnival yang akan dijalankan dari jam 9 pagi hingga 7 petang ini sarat dengan pelbagai aktiviti untuk mereka yang hadir seperti perarakan animasi, replika rumah sebenar Opah, mini konsert Idola Kecil, kemunculan maskot-maskot Upin & Ipin bersama rakan-rakan dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, malah pengunjung bolehlah membawa sedikit kenangan manis ini bersama mereka dengan membeli barangan Upin-Ipin yang sungguh comel dan mempunyai harga yang amat berpatutan. Karnival ini telah dilancarkan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Perubatan KPJ, Datin Paduka Siti Sa’adiah Sheikh Bakhir.

Begitu banyak aktiviti menarik dirancang sepanjang karnival ini yang menyasarkan pengunjung sehingga 100,000 orang. Khemah-khemah yang pastinya menarik perhatian orang ramai adalah seperti khemah Berita Adik, Tadika Mesra, Fanclub Upin & Ipin, kaunter aktiviti Les Copaque, TM, dan banyak lagi. Aktiviti sepanjang karnival ini bukan sahaja dapat menyebarluaskan ilmu pengetahuan dan mendapat peluang memenangi hadiah-hadiah eksklusif, tetapi ia juga akan turut memberi promosi hebat dengan harga berpatutan kepada semua yang hadir.

Ibu-bapa yang hadir begitu gembira melihat anak mereka begitu khusyuk dan seronok dengan melihat maskot-maskot Upin & Ipin dan menyertai pelbagai pertandingan seperti permainan kerusi muzik, jigsaw puzzle, sesi solek dan banyak lagi!

Tidak cukup dengan itu, Karnival Upin & Ipin ini juga turut digemparkan dengan persembahan mantap oleh adik-adik Idola Kecil iaitu Harris, Hadi, Afiq & Deera. Pasti ramai yang sudah melepas rindu dengan mendengar mereka menyanyi. Untuk mempelbagaikan persembahan, mereka juga akan mengagumkan penonton dengan tarian dan rap sebagai tarikan. Turut hadir untuk memeriahkan karnival ini adalah personaliti Chopp!! iaitu Intan Ladyana dan Lydia Ibitisam. Pelakon-pelakon Juvana iaitu Johan Asari, Adam Shah dan Syazwan Zulkifly juga turut membuat kejutan apabila mereka turut serta dalam karnival yang begitu meriah ini.

Dua ratus pelajar dari SRK Bandar Baru Uda 2 telah dijemput untuk bersama-sama kami di Karnival Upin & Ipin ini dan juga pelajar-pelajar dari Sultan Ibrahim Girls School telah mengadakan persembahan pancaragam.

Selain sebagai platform kepada usahawan bumiputera untuk mengembangkan produk buatan Malaysia, karnival ini juga adalah sebagai tanda penghargaan TV9 dan Les Copaque kepada penontonnya yang setia sejak awal pertubuhannya lagi. Ini adalah satu acara yang paling sesuai untuk membawa anak-anak dan seisi keluarga untuk beriadah pada hujung minggu.

Kita jumpa lagi pada Karnival Upin & Ipin di lokasi yang seterusnya!

DSC_6701

DSC_6707

DSC_6734

DSC_6765

Majlis pelancaran oleh Datin Paduka Siti Sa’adiah Sheikh Bakhir.

DSC_6975

DSC_6981

DSC_7023

DSC_7265

DSC_7540

DSC_7879

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kempen Derma Darah & Pameran Pendidikan Kesihatan

Drama Bersiri Supermak Lakonan Nasha Aziz & Azhan Rani