in ,

Kirstie Maximus Lancar Single Melayu Berjudul KEMBALI X

Kirstie Maximus telah menghadapi berbagai rintangan dalam usahanya untuk mengeluarkan lagu Melayu terunggulnya berjudul “Kembali X.”

Lagu ini, yang diilhamakan oleh keindahan Bahasa Melayu, dapat didapati dalam bentuk digital sejak 24 March 2017. Lagu ini mengabungkan ciri-ciri lagu Melayu asli dan moden.

“Setelah lama saya menceburkan diri dalam dunia lagu pop/urban Bahasa Inggeris, saya ingin mencabar diri saya untuk menghasilkan sekurang-kurangnya satu lagu Bahasa Melayu,” kata beliau sambil memberi keterangan atas keputusannya untuk menceburkan diri dalam dunia lagu Melayu.

“Kembali X” memaparkan vocal Kirstie bersama Evelyn Feroza menceritakan liku-liku megekalkan hubungan jarak jauh.

DI sidang media yang dianjungi di LeNoir, TREC Kuala Lumpur, pihak media serta tetamu diberi peluang untuk menonton pelancaran video muzik “Kembali X”. Lagu ini menceritakan hubungan kekasih yang mengalami kehampaan yang memutuskan hubungan mereka. Akan tetapi, selepas beberapa tahun, mereka bertemu kembali. Kesudahan cerita dibiarkan begitu sahaja supaya para pendengar dapat membuat kesimpulan sendiri. Video “Kembali X” telah diarahkan oleh adik Kirstie dan penyanyi, Cassey Maximus dan digambarkan serta disunting oleh Azlan Osman dari Panomatics. Ianya juga menampilkan guitaris terkenal, Alex Hutchings serta artis-artis lain.

Lagu “Kembali X” boleh didapati melalui Spotify dan iTunes. Videonya juga dapat ditonton di YouTube mulai hari ini.

Kirstie Maximus

Profile Kirstie Maximus

Kirstie Maximus telah lama menceburkan diri dalam dunia muzik sebagai seorang penyanyi, penyanyi rap, DJ dan penerbit muzik yang handal.

Seorang graduan dari Universiti Lim Kok Wing, Kirstie telah menyanyi dan menulis lagu sejak remaja lagi. Pada tahun 2012, beliau mula menerbit lagu dan muziknya sendiri. Selain daripada menyanyi, beliau juga berkerja sebagai DJ di kelab-kelab malam terkenal seperti Nagaba, Lust, Bangsar, Le Noir Trec dan lain-lain. Beliau just telah menyertai rekod label Downtown Artists yang bertempat di London, dengan hasrat untuk menharumkan namanya didunia muzik.

Setelah kian lama, dikenali sebagai DJ fesyen wanita terkenal di kelab-kelab Kuala Lumpur dan London, Kirstie berhasrat ingin terus bekerja keras untuk berjaya memperkenalkan dirinya bukan sahaja sebagai seorang DJ tetapi juga sebagai seorang penyanyi dan artis ternama. Sehingga hari ini, beliau telah mengeluarkan lagu -lagu seperti “Rockabye X” dan “Alright X”.

Kirstie Maximus

Kirstie Maximus

Kirstie Maximus

Kirstie Maximus

Kirstie Maximus

Kirstie Maximus

Kirstie Maximus

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ayu Raudah Kembali Dalam Drama Bersiri ANAK BERTUAH 2

RTM Membina Negara Selama 71 Tahun bersama Penonton