in ,

RTM Membina Negara Selama 71 Tahun bersama Penonton

Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyatakan penghargaan kepada penonton salurannya yang terus setia sejak tujuh dekad lalu dengan menyajikan program terbaik sepanjang tahun.

Tahun ini pada 1 April 2017, RTM meraikan ulang tahun ke-71 dengan menghadiahkan tayangan pelbagai pilihan program menghiburkan untuk tontonan seisi keluarga.

Sepanjang hari sambutan 1 Aprilitu RTM menerusi TV1menyiarkan program terbitan RTM bermula “Konsert Orkestra Maestro Johari Salleh”, pukul 3.05 petangdiikuti dokumentari khas bertajuk “Skrin Media 71”, pukul 1.30 petangdan telemovie “Saling”, pukul 9.00 malam terbitan Unit Drama TV RTM yang memenangi kategori Sinematografi Terbaik Anugerah Kaseh Tribute P.Ramlee 2016. Hari sama TV2turut menyiarkan program hiburan “An Evening With Il Divo : Live In Barcelona”, pukul 2.00 petang yang menyaksikan empat anak muda bersuara emas, Urs Buhler, Sebastien Izambard, Carlos Marin dan David Miller memukau penonton dengan persembahan secara langsung mereka di Barcelona. 

Poster Konsert Ella 19872016

Bakal berkongsi dengan penonton bagaimana RTM membina negara selama 71 tahun, saksikan dokumentari “Skrin Media 71” yang mengimbas kembali peranan dan sejarah RTM sebagai satu-satunya media elektronik yang menyampaikan maklumat, hiburan dan juga elemen penyatuan kaum selaras dengan agenda pembangunan negara. Program setengah jam ini diterbitkan oleh Unit Dokumentari dan Majalah RTM. 

Esoknya, 2 April di TV1,pukul 3.05 petangberhibur dengan “Konsert Gema 7 Petala”,yang menjanjikan persembahan mantap dan hebat daripada Dato’ Jamal Abdillah, Hujan, Syafinaz Selamat, Tomok, Francisca Peter, Aweera, Paladin, Dato’ Yusni Hamid, Dato’ Andre Goh, Najib Hanif, Headwind, Rosario, Eryn dan Eeza yang merupakan Bintang RTM 2016.

Lentera Muzika Spider penghargaan kepada peminat

Sepanjang bulan April ini TV2pula tampil menghiburkan penonton dengan mempersembahkan rantaian konsert berskala besar yang hebat setiap minggu untuk hiburan semua. Konsert berlangsung di Auditorium Perdana Angkasapuri ini diterbitkan Unit Hiburan RTM setiap satunya menghiburkan penonton dengan lagu popular artis terlibat sejak awal pembabitan mereka dalam industri hingga kini.

Disiarkan setiap Sabtu, pukul 2.00 petang,saksikan “Konsert Ella” pada 8 April ini, “Konsert Ratu” (15 April 2017), “Revolusi Akim & The Majistret” (22 April 2017)dan diakhiri “Konsert Spider” (29 April 2017).  

Peminatpenyanyi ratu rock negara pastinya teruja menyaksikan“Konsert Ella” yang menghimpunkan nyanyian 14 lagu antaranya Dua Insan Bercinta, Pengemis Cinta dan Kesal. Istimewanya Ella turut berduet bersama suaminya, Azhar dan penyanyi, Lan Typewriter, sebagai artis jemputan. 

Mengambil tempat kemudiannya“Konsert Ratu”menyatukan persembahan tiga artis bergelar ratu dalam genre muzik masing-masing, Ratu Rock Ella, Ratu Pop Fauziah Latiff dan Ratu Dangdut Amelina. Antara lagu popular “Teratai Layu Di Tasik Madu”, “Permata Pemotong Permata” dan “Rindu”.

Seterusnya konsert“Revolusi Akim & The Majistret”yang menyaksikan kumpulan ini berkongsi pentas bersama teman seperjuangankumpulan Sofazr, 6ixthsense dan Hyperact. 

Kemunculan Spider dianggotai Tam, Nafie, Aie dan Iss membuatkan penonton terpegun melihat mereka beraksi pada “Konsert Spider”yang berlangsung selama sejam setengah. Spider menyanyikan lagu-lagu sepanjang 20 tahun penglibatan dalam muzik bermula daripada album pertama hingga yang terbaharu. Spider turut menampilkan penyanyi Farahdhiya, sebagai artis jemputan dan Tam berduet dengan Farahdhiya menyampaikan lagu Dunia Batinku dan Bertakhta di Hati.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kirstie Maximus Lancar Single Melayu Berjudul KEMBALI X

Pelanggan Astro Kini Boleh Menikmati Astro GO Secara Percuma