in , ,

Keluarga Bersyukur Aliff Aziz Berubah, Ibu Pesan Jangan Sia-Siakan Masa Muda

Menerusi sebuah hantaran di laman Instagram, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz telah memuat naik gambar ibu bapanya dan mengakui dirinya berasa amat bersyukur mereka sentiasa ada bersamanya tidak kira apa jua keadaan sekali pun.

Menurut Aliff, ketika dia mengharungi fasa hidup yang agak sukar, kasih sayang yang telah dicurahkan oleh kedua ibu bapanya menjadi antara pemangkin semangat untuk dia terus berubah kearah kebaikkan. 

“All my life, you stood by me. When noone else was ever behind me. All these lights, they can’t blind me. With your love, nobody can drag me down. 

“Pinjaman dari Allah yang tiada ganti. Through my bright and dark phases you two have always been there. Alhamdulillahirabbil’alameen,” 

Dikesempatan itu juga, suami kepada penyanyi dan pelakon Bella Astillah ini turut berharap agar dia dikurniakan waktu yang cukup untuk terus berbakti buat kedua ibu bapanya itu. 

“I just pray that Allah will bless me with enough time to show you how grateful I am for all your sacrifices for me. Though I can never repay your sacrifices, I will do my best to make you happy as you two deserves nothing less than that. Insyaallahuta’ala. Love you Umi and Ayah,” 

Keluarga Bersyukur Aliff Aziz Kian Berubah, Ibu Pesan Jangan Sia-Siakan Lagi Masa Muda

Entri berkenaan turut dilihat mendapat perhatian daripada ibu kepada Aliff yang turut berkongsi reaksinya di ruangan komen. Dalam pada itu, ibu kepada Aliff itu turut berdoa agar anaknya itu terus istiqomah dalam mengejar cinta Allah SWT. 

“Allahuakbar ya robb. Alhamdulillah, masyaallah this brought happy tears to me. Sayang kami pada anak-anak tiada nilainya. If only all children knows how much their parents love them without any agenda and unconditionally masyaallah semua akan benar-benar sayang pada kedua-dua ibu bapa. 

“Kami hanya ingin melihat anak-anak berjaya dunia dan akhirat. Umi sangat-sangat bersyukur pada Allah kerana memberikan abang peluang untuk mencari fitrah diri. 

“Abang hanya pinjaman pada kami bukan hak kami tapi hak Allah jadi kembalikan hak Allah semasa hidup ini dengan taat pada perintah NYA nescaya you will find peace in your heart. 

“Jangan sia-siakan masa muda Abang lagi. Umi dan ayah doakan semoga Allah permudahkan perjalanan, perjaungan dan lindungi abang hingga ke jannah. Allah maha baik aamiin yra,” 

Sebelum ini, kisah mengenai penghijrahan Aliff telah pun menarik perhatian ramai pihak dan mereka juga turut dikatakan gembira selepas melihat perubahan tersebut. 

Aliff juga dikhabarkan telah menyertai kumpulan tabligh untuk keluar selama tiga hari bagi mendalami dengan lebih lanjut mengenai ilmu agama. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bekas Penyampai Berita RTM, Kamaruddin Ahmad Meninggal Dunia

Isu Ebit Lew, Polis Selesai Ambil Keterangan Caprice & Nadir