in ,

Bekas Penyampai Berita RTM, Kamaruddin Ahmad Meninggal Dunia

Pada jam 7 pagi ini, bekas pembaca berita veteran RTM, Kamaruddin Ahmad, 78, telah menghembuskan nafas terakhir akibat sakit tua di kediamannya di Bukit Sentosa, Selangor. Berita pemergiannya disahkan anaknya, Kamarul Zaidi Kamaruddin, 53.

Bekas pembaca berita veteran RTM, Kamaruddin Ahmad, 78, menghembuskan nafas terakhir akibat sakit tua di kediamannya di Bukit Sentosa, Selangor, jam 7 pagi ini.

Berita pemergiannya disahkan anaknya, Kamarul Zaidi Kamaruddin, 53, kepada BH Online.

“Arwah ada beberapa komplikasi penyakit termasuk diabetes dan sakit pada bahagian prostat.

“Beliau tiada selera makan, sejak beberapa bulan lalu. Berat badannya kian menyusut.

“Arwah juga sakit badan dan batuk,

– Kamaruddin Ahmad
Bekas Penyampai Berita RTM, Kamaruddin Ahmad Meninggal Dunia

Kamarul berkata, dia sudah lebih setahun tidak berjumpa arwah berikutan situasi pandemik COVID-19.

“Saya merancang mahu mengambil cuti minggu depan untuk menziarahinya.

“Namun, tidak berkesempatan, Allah lebih menyayangi arwah,” katanya yang menetap di Damansara dan bertugas sebagai jurutera awam.

– Kamaruddin Ahmad

Tambahnya, arwah sudah berkahwin buat kali kedua selepas arwah ibu meninggal dunia, enam tahun lalu.

“Arwah tinggal bersama ibu tiri, sejak dua tahun lalu,”

– Kamaruddin Ahmad

Allahyarham Kamaruddin meninggalkan seorang balu, 8 anak, tujuh belas cucu dan 6 cicit.

Sepanjang 20 tahun bertugas di RTM, arwah menjadi penyampai televisyen pertama dalam sejarah penyiaran negara bergandingan dengan Allahyarham Wan Chik Daud.

Jenazah arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bukit Beruntung, sebelum waktu Zohor.

Dilaporkan, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bukit Beruntung, selepas solat Asar nanti.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Harga Siling Kit Ujian Kendiri COVID 19 Ditetapkan Pada RM19.90 – Menteri Kesihatan

Keluarga Bersyukur Aliff Aziz Berubah, Ibu Pesan Jangan Sia-Siakan Masa Muda