in

Isu Ebit Lew, Polis Selesai Ambil Keterangan Caprice & Nadir

Isu melibatkan pendakwah terkenal, Ebit Lew dan dua lagi individu iaitu Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman dan penyanyi rap, Ariz Ramli atau Caprice hari ini memasuki fasa baru.

Terbaru, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, kedua-dua individu itu selesai diambil keterangan menerusi emel semalam.

“Kita sudah menghantar soalan-soalan yang perlu dijawab kepada mereka pada 29 Ogos lalu dan mereka selesai menjawab semua soalan diberikan oleh pegawai penyiasat yang menyiasat kes ini.

“Kita kemudian menerima emel balas bersama jawapan dari kedua-dua individu berkenaan. Kedua-dua mereka memberikan kerjasama yang baik,”

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 500 serta 504 Kanun Keseksaan, selain Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya

Terdahulu, pendakwah, Ebit Lew dilaporkan hadir ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju untuk dirakam percakapan berkaitan isu terbabit.

Sebelum ini, pendakwah terkenal itu turut menafikan dakwaan Muhammad Nadir yang pihaknya membayar ratusan ribu dolar kepada syarikat Hala untuk memasuki Gaza.

Ebit turut menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah melampau.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Keluarga Bersyukur Aliff Aziz Berubah, Ibu Pesan Jangan Sia-Siakan Masa Muda

Vida Cemas 4 Bulan Sudah Tak Datang Bulan, Mungkin Dah Menopause?