in ,

Seleksi Program Gaya Hidup Terbaik di TV3 Sepanjang Ramadan

Tibanya bulan Ramadan yang penuh berkah untuk umat Islam menjalani ibadah puasa dan mencari pahala. Lantas, penyediaan makanan untuk bersahur dan berbuka puasa menjadi rutin harian sepanjang bulan mulia ini.

Anda mahu belajar resipi baharu untuk waktu berbuka puasa? Ingin tahu apakah persiapan selebriti popular tanah air dalam menyediakan juadah berbuka puasa bersama ahli keluarga mereka? Ayuh, tontonlah program-program gaya hidup menarik di TV3 untuk mendapatkan resepi dan tips yang menarik! 

Saksikan Pesan Makan tajaan ABC Kicap Manis membariskan selebriti popular iaitu Fizo Omar, Izzue Islam, Bella Astillah, Mawar Rashid & Nadia Brian, ikuti pencarian juadah berbuka puasa bersama Nazrudin Habibur Rahman dalam Jalan Jalan Cari Makan Ramadan tajaan Listerine, berhibur dengan keletah comel pasangan instafamous & selebriti Youtube, Maryam You Nara dan suaminya, Ryzal di Apa Nak Masak Ni? tajaan Sabellaserta dapatkan resipi menarik daripada Datin Paduka Eina Azman, Sheila Rusly, Zarina Zainuddin dan Linda Rafar menerusi program Jom Berbuka tajaan Nestlé Maggi.

Poster PESAN MAKAN

Sejak penularan pandemik Covid-19 pada tahun lepas, ramai orang kehilangan mata pencarian dan terpaksa mencari ikhtiar serta membuat pelbagai percubaan demi kelangsungan hidup. Drama berkonsepkan program masakan iaitu Pesan Makan memaparkan cabaran dua adik-beradik yang berjinak-jinak dalam bisnes pesan makanan atas talian yang menawarkan menu bazar Ramadan. Hakimi (Izzue Islam) telah diberhentikan kerja dan dia mula rasa panik kerana hanya tinggal 3 bulan untuk berkahwin.

Kimi memujuk abangnya, Hambali (Fizo Omar), seorang cef hotel untuk berhenti kerja dan sama-sama mengusahkan bisnes Pesan Makan. Mereka mengadakan siaran langsung di laman sosial ketika memasak di dapur dan  pada masa yang sama, mereka akan menerima tempahan atas talian. Apakah cabaran mereka untuk berurusan dengan pelbagai kerenah dan permintaan daripada klien? 

Nazrudin Habibur Rahman, hos Jalan Jalan Cari Makan juga akan memaparkan episod istimewa di bulan Ramadan. Jalan Jalan Cari Makan Ramadan yang mempunyai 4 episod ini menyaksikan Naz mencari juadah berbuka puasa untuk edisi khas ini. Bukan saja mencadangkan restoran yang menarik tetapi Naz juga akan mencari juadah iftar di atas talian yang memaparkan menu istimewa dari negeri-negeri lain seperti Manok Pansuh dari Sarawak.

Bersesuaian dengan bulan Ramadan, Naz tidak akan merasa atau mencuba makanan-makan tersebut sebaliknya program ini akan dilengkapkan dengan visual-visual makanan yang mengiurkan.

Pasangan instafamous & selebriti Youtube, Maryam You Narae dan suaminya, Ryzal Ibrahim sudah tidak asing lagi di platform media sosial. Ramai yang mudah terhibur dengan keletah comel pasangan instafamous & selebriti Youtube, Maryam You Narae dan suaminya, Ryzal. Tahun ini, Maryam dan Ryzal menyambut bulan Ramadan di tanah air suaminya, iaitu Malaysia. Istimewa buat penonton TV3, program Apa Nak Masak Ni? menampilkan Maryam cuba menggabungkan masakan Korea dan Malaysia untuk menu berbuka puasa seperti sup tulang daging seaweed, teokgalbi kurma dan banana strawberry milkshake dengan tetamu jemputan  Zulin Aziz dan Dato’ Fazley Yaakob. 

Program Jom Berbuka telah menerima sambutan baik apabila disiarkan pada tahun-tahun lepas. Kembali dengan Eina Azman, program ini juga menampilkan selebriti popular tanah air yang akan menyediakan menu berbuka puasa dengan ahli keluarga mereka di dapur  iaitu Linda Rafar & Syed Aiman, Sheila Rusly & Luth Mikail, Zarina Zainuddin & Azal , DP Eina Azman & JC Azman. Mereka juga akan berkongsi tentang perkembangan kini dengan penonton. 

Jadi, jangan lupa janji temu kami di TV3 sepanjang bulan Ramadan ini! 

Pesan Makan, 4 episod (Ditaja oleh ABC Kicap Manis)

Setiap hari Sabtu, 6.00 petang

Pelakon: Fizo Omar, Izzue Islam, Bella Astillah & Nadia Brian

Tonton episod pertama di https://www.youtube.com/watch?v=bpOqQgEO3-Y

Poster JJCM Ramadan

Jalan Jalan Cari Makan Ramadan, 4 episod (Ditaja oleh Listerine)

Setiap hari Ahad, 11.30 pagi

Hos: Nazrudin Habibur Rahman

Tonton episod pertama di https://www.youtube.com/watch?v=he9M2sz7eCg

Apa Nak Masak Ni - Poster

Apa Nak Masak Ni?, 4 Episod (Ditaja oleh Sabella)

Setiap hari Ahad, 5.30 petang

Hos: Maryam You Narae, Ryzal & Zulin Aziz

Tonton episod pertama di https://www.youtube.com/watch?v=pFXDpw1dklc

Logo Jom Berbuka

Jom Berbuka, 4 episod (Ditaja oleh Nestlé Maggi)

Setiap hari Ahad, 6.00 petang

Selebriti: Linda Rafar & Syed Aiman, Sheila Rusly & Luth Mikail, Zarina Zainuddin & Azal, DP Eina Azman & JC Azman

Tonton episod pertama di https://www.youtube.com/watch?v=qGJ52QBsE4E

Sebarkan rezeki, luaskan jalinan dan cipta kemesraan antara kita semua! Bersempena dengan bulan Ramadan, Rangkaian Televisyen Media Prima khususnya TV3 dan TV9 telah mencetuskan inisiatif Kempen Salam Sayang bagi membantu para pengusaha kecil memperluaskan perniagaan mereka menerusi Misi Salam Sayang. Imbas kod QR dan mendaftar di www.xtra.com.my/salamsayang 

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia Gunakan #SalamSayang untuk menghangatkan lagi perbualan di laman media sosial. 

What do you think?

56 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Takziah! Bapa Azlan Typewriter Meninggal Dunia Akibat Covid-19

Showcase Datuk Awie Raikan Cinta Ramadan Lebih Santai