in , ,

Drama Sekuel KEKASIH HATI MR BODYGUARD Menyentuh Perasaan Penonton

Kekasih Hati Mr Bodyguard, drama bersiri popular gandingan serasi Redza Rosli dan Sharifah Rose kini sedang rancak disiarkan menerusi slot Lestary TV3. Apa yang menarik tentang drama ini?

Drama terbitan Creative Skill Solution yang diinspirasikan dari novel karya Ateen Khalid telah menerima sambutan luar biasa apabila kebanyakan episod yang disiarkan ketika bulan Mei 2021 berjaya mencapai 4 juta penonton.

Walaupun siaran baki episodnya terpaksa ditunda akibat pelaksanaan PKP di seluruh negara bermula 1 Jun lalu, penantian lama yang ditanggung oleh jutaan peminat drama ini dibalas dengan berita baik apabila ia diteruskan dengan 13 episod lagi sejurus tamatnya bahagian pertama yang bersiaran dari 10 September 2021 hingga 15 Oktober 2021.

Sekuel Kekasih Hati Mr Bodyguard (13 episod) bakal bermula pada 16 Oktober 2021, setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9.00 malam di slot Lestary TV3. Anda juga dapat menyaksikan drama popular ini di platform penstriman Disney+ Hotstar Malaysia.

Sekuel KEKASIH HATI MR BODYGUARD

Drama ini merupakan nukilan skrip oleh Nieza Nahar dan Hayati Ahmad, diarahkan oleh Emi Suffian dengan menampilkan barisan pelakon popular tanah air seperti Redza Rosli, Sharifah Rose, Ungku Hariz, Syafnida Shuhaimi, Fadlan Hazim, Ian Haziq, Lisdawati, Zuhairi Ibrahim, Zarina Zainuddin dan ramai lagi.

Menurut Puan Nini Yusof, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima, “Alhamdulillah, Kekasih Hati Mr Bodyguard kembali menemui penonton TV3 dan diteruskan dengan kesinambungan jalan cerita yang lebih dramatik dan suspen dalam menguji keutuhan cinta antara watak Aralyn dan Hadif yang menggandingkan dua pelakon yang sangat serasi iaitu Sharifah Rose dan Redza Rosli. Drama ini bukan saja mendapat sambutan hebat ketika setiap episod siaran di TV malah ia juga meraih perhatian tinggi di laman media sosial dan juga di perkhidmatan penstriman Disney+ Hotstar Malaysia yang turut mempersembahkan karya hebat ini.”

Saya akan ada. Saya sentiasa ada. Itulah janji yang diberikan oleh Hadif (Redza Rosli) kepada Aralyn (Sharifah Rose) bahawa dia akan sentiasa ada untuk Aralyn. Setelah berlaku tragedi hampir dirogol, Aralyn mengalami trauma hingga mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Hadif. Hadif sungguh kecewa dan teruskan hidup dengan hati yang lara. Dengan perasaan patah hati, Aralyn terpaksa meninggalkan Hadif kerana dia menganggap dirinya telah banyak menyusahkan Hadif dan tidak layak untuk bersama Hadif.

Sekuel KEKASIH HATI MR BODYGUARD

Aralyn berkenalan dengan Lara (Syafnida Shuhaimi) di sebuah kedai haiwan peliharaan. Walaupun baru berkenalan, mereka berdua sungguh serasi kerana berkongsi minat yang sama iaitu cintakan haiwan. Selain perwatakan Lara yang periang dan pandai motivasikan orang lain, Lara juga seorang veterinar dan aktivis yang memperjuangkan hidup haiwan-haiwan jinak dan liar melalui NGO yang dianggotainya.

Sejak itu, hidup Aralyn kembali ceria. Lara bukan saja merapatkan dia dengan dunia aktivis haiwan, malahan atas nasihat Lara jugalah, Aralyn menerima semula Hadif. Bukan itu sahaja, malah kehadirannya memikat hati Farel (Fadlan Hazim) yang mula jatuh hati dengannya. Namun, hubungan rapat Lara dan Aralyn menimbulkan keraguan di hati Hadif dan orang tua Aralyn. Hadif rasa ada sesuatu tak kena dengan Lara lalu dia mula menyiasat latar belakang Lara. Siapakah Lara sebenarnya?

Sekuel KEKASIH HATI MR BODYGUARD

Jangan ketinggalan untuk terus menyaksikan Sekuel Kekasih Hati Mr Bodyguard menerusi slot Lestary di TV3, setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9.00 malam. Jika terlepas, penonton juga boleh melayari dan menonton semula di penstriman Disney+ Hotstar Malaysia. 

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, dan Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat!

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Forum Perniagaan Inisiatif Bantu Usahawan PKS

Siti Nurhaliza Tunai Permintaan Peminat Hadiah Sempena 1 Juta Subscribers di Youtube