in ,

Episod Pertama LAGU CINTA KITA Musim Ketiga Raih Lebih 3 Juta Penonton

Lagu Cinta Kita Musim Ketiga telah membuka tirai dengan episod pertama pada hari Ahad lalu (31 Oktober 2021), dan berjaya meraih lebih 3 juta penonton (sumber: Nielsen).

Siaran langsung yang bermula dari 9.00 malam hingga 10.30 malam itu telah dimulakan dengan persembahan lagu ‘Tentang Kita’ daripada juara Lagu Cinta Kita Musim Kedua, Nadeera dan Khareez.

Pada episod pertama ini, lima pasangan duet diperkenalkan untuk mewarnai pentas Lagu Cinta Kita Musim Ketiga. Namun, Ain Edruce dan Kamal Adli selaku pengacara terpaksa mengumumkan hanya tiga pasangan yang berjaya mara ke pusingan seterusnya, iaitu Kay & Ika (Terlukis Indah), Hariz & Wanie (Senja Nan Merah) dan Azumi & Nyna (Memori Berkasih). Manakala perjalanan Shaszdan & Xantia (Leave The Door Open) dan Dean & Amanda (Haram) terpaksa berhenti di situ. 

(Tersingkir) Shaszdan _ Xantia

Di pusingan awal, 20 peserta dipadankan kepada 10 pasangan duet mengikut pilihan lagu yang sama. Di awal persembahan, mereka akan menyanyi di dua pentas yang berbeza. Mereka memerlukan undian daripada juri tetap iaitu Ajai dan Mas Idayu supaya pentas mereka dicantumkan dan mara ke pusingan seterusnya. Penilaian persembahan terletak sepenuhnya pada panel juri. 

Lagu Cinta Kita Musim Ketiga diketuai oleh Russell Mark Rodrigues sebagai pengurus projek, Shazreena Binti Mohd Kassim sebagai penerbit eksekutif dan Muhammad Saiful Bin Saharudin sebagai penerbit. 

Hos program Ain Edruce _ Kamal Adli

Kepada sesiapa yang tidak berkesempatan menyaksikan siaran langsung pada setiap Ahad, pukul 9.00 malam hingga 10.30 malam ini boleh terus strim live HD di www tonton.com.my dan Youtube TV3Malaysia Official.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia dan Instagram @LaguCintaKitaOfficial. Gunakan #LaguCintaKita3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman media sosial. 

Kay _ Ika
Azumi _ Nyna
(Tersingkir) Dean _ Amanda
Hariz _ Wanie

Turut dikongsi adalah beberapa komen dari media sosial rasmi TV3 yang diterima.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Red Notice! Netflix & Astro Mengacah Pengenalan Bakal Integrasi Pada 12 November Ini

KEKASIH HATI MR BODYGUARD Drama Malaysia Paling Banyak Ditonton di Disney+ Hotstar