in , ,

Juara Mentor Milenia 2016 & Anak Fauzi Nawawi, Fareez Fauzi Selamat Bernikah dengan Nurwathiqah

Penyanyi, Fareez Fauzi selamat bernikah dengan wanita pilihannya, Nurwathiqah Abdul Wahab, 22, yang diadakan dikediaman pengantin perempuan di Seri Menanti, Negeri Sembilan, pagi, hari ini.

Pada majlis itu, Fareez, 23, atau nama sebenarnya Muhammad Fareez Hazwan sah bergelar suami dengan hanya sekali lafaz yang disempurnakan oleh bapa pengantin perempuan. Fareez yang juga anak kepada pelakon, Fauzi Nawawi menyerahkan mas kahwin RM200 serta lima dulang dan dibalas tujuh dulang daripada pihak perempuan.

Ibu tiri Fareez yang juga pelakon, Lisdawati ketika dihubungi berkata, juara program Mentor Milenia 2016 itu mengakui gementar sebelum majlis nikah dijalankan.

Juara Mentor Milenia 2016 &Amp; Anak Fauzi Nawawi, Fareez Fauzi Selamat Bernikah Dengan Nurwathiqah

Berita itu disahkan sendiri oleh ibu tirinya, Lisdawati dalam satu kemas kini di akaun Instagram miliknya.

“Syukur alhamdulillah, dengan izin dan takdir Allah, hari ni 20.12.20 tarikh pernikahan anak kedua kami @iamfareezfauzi dan pasangan @tyqawahab.

“Acara tertutup antara keluarga berlangsung di Sri Menanti, Seremban, Negeri Sembilan.

“Mama dan babah doakan semoga ikatan yang terbina kekal hingga ke Jannah,”

– Lisdawati

Menerusi entri tersebut, Lisdawati memuat naik foto bersama suami dan pasangan mempelai di majlis tersebut.

Juara Mentor Milenia 2016 &Amp; Anak Fauzi Nawawi, Fareez Fauzi Selamat Bernikah Dengan Nurwathiqah

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mengucapkan tahniah kepada mereka.

“Pagi tadi selepas solat subuh, dia kata gementar macam nak naik pentas menyanyi. Tapi bapa dia kata banyakkan istighfar. Alhamdulillah, pada upacara akad nikah tadi dia tenang saja. Syukur semuanya dipermudahkan.

“Lagi pula dia dengan bapa pengantin perempuan dan keluarga sebelah sana memang rapat, jadi tidak ada masalah.

Buat masa sekarang dia tinggal di sana. Kalau ada urusan kerja di Kuala Lumpur baru dia akan ulang alik,”

– Lisdawati

Lisda berkata, Fareez dan pasangannya mengambil keputusan untuk menyegerakan perkara yang wajib.

“Keputusan nak bernikah dahulu daripada mereka. Fareez kalau boleh nak selesaikan yang wajib dahulu. Jadi tidak elok pula ditangguh.

Insya Allah, kami merancang untuk mengadakan majlis pada tahun depan iaitu selepas raya. Apa pun segalanya bergantung kepada keadaan semasa negara,”

– Lisdawati
Juara Mentor Milenia 2016 &Amp; Anak Fauzi Nawawi, Fareez Fauzi Selamat Bernikah Dengan Nurwathiqah

Menurut Lisda, ibu kandung Fareez tidak dapat hadir disebabkan berada di Baling, Kedah.

“Mak Fareez memang tinggal di Baling, Kedah. Dia tak boleh datang hari ini. Tapi, Fareez sudah menghubungi ibunya pada awal pagi untuk meminta restu dan memohon doa,”

– Lisdawati

Terdahulu, Fareez yang sudah tujuh tahun bercinta dengan Tyqa selamat melangsungkan pertunangan pada 12 September lalu.

*Sumber Foto: IG @lisdawati15

*Sumber: Harian Metro

Juara Mentor Milenia 2016 &Amp; Anak Fauzi Nawawi, Fareez Fauzi Selamat Bernikah Dengan Nurwathiqah
Juara Mentor Milenia 2016 &Amp; Anak Fauzi Nawawi, Fareez Fauzi Selamat Bernikah Dengan Nurwathiqah
Juara Mentor Milenia 2016 &Amp; Anak Fauzi Nawawi, Fareez Fauzi Selamat Bernikah Dengan Nurwathiqah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Scha Alyahya | 23

Berlangsung dengan SOP, Ini Senarai Penerima Anugerah Nona Superwoman Award 2020

Kamal Adli 1 | 24

Kejutan Kamal Adli Lamar Uqasha Senrose di Pentas Anugerah MeleTop Era 2020