in ,

Keith Foo & Siti Saleha Penghias InTrend Februari 2015

Kita dah pun menjejakkan kaki di bulan Februari. Bulan yang penuh dengan haruman wangian cinta dari debunga cinta yang segar meranum. Sempena menyambut bulan cinta ini, majalah inspirasi gaya hidup anda, InTrend menampilkan dua orang selebriti popular sebagai penghias muka depan iaitu Keith Foo dan Siti Saleha.

Wah, satu gandingan mantap di mana kedua pelakon ini sebenarnya bergandingan dalam satu filem di bawah arahan Osman Ali bertajuk LANGIT CINTA! Sesuailah mereka dipadankan bersama. Adakah kedua-dua mereka ini punya chemistry? Budiey tak sabar nak tonton filem LANGIT CINTA ini di pawagam tak lama lagi.

Keith Foo & Siti Saleha Penghias Intrend

Filem Langit Cinta dikatakan bakal mencipta fenomena yang akan mengheret penonton menyelami kisah cinta yang sarat dengan emosi dan air mata.

Memilih lokasi terpencil di Pulau Tuba, Langkawi, Kedah sebagai salah satu lokasi penggambaran filem tersebut, ia ternyata memberi kelainan dan menyuntik unsur realistik bagi mencantikkan sinematografi filem romantik arahannya itu.

Menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Keith Foo, Fauziah Datuk Ahmad Daud (Ogy), Farid Kamil dan Siti Saleha, ternyata menjadi percaturan hebat kepada Osman membawakan filem itu ke layar perak.

Osman selaku pengarah filem ini begitu berpuas hati dengan mutu lakonan dan komitmen yang diberikan semua pelakon dalam filem ini.

Filem yang menelan belanja sebanyak RM2 juta itu mengisahkan kisah percintaan antara Alif Zulkarnain (lakonan Keith Foo) dengan Khadijah. Alif adalah anak yang patuh kepada ibu bapa sejak kecil dan mewarisi perniagaan keluarga. Ketika mahu membangunkan resort di Pulau Perindu, dia jatuh cinta dengan gadis kampung bernama Khadijah.

Dia juga mula mengenali erti kehidupan sebenar dan belajar memahami bahawa kesederhanaan itu indah. Biarpun hubungannya ditentang keluarga, namun Alif nekad memperisterikan Khadijah. Bermula dari situ, kehidupan Alif dirundung pelbagai dugaan dan cabaran demi cabaran harus ditempuh dalam hidup dua insan itu.

Roman Cinta paling romantis kini dalam edisi “Cinta Paling Agung” @intrendmalaysia, Februari ini! Eksklusif untuk anda, kami bawakan Keith Foo @keithfoo dan Siti Saleha @sallywho. Grab your copy InTrenders!
Teks & Penata Gaya: @veliciousvass
Fotografi: @chuanlooi dari Yipieyaya Studio
Arahan Seni: @aznistoria
Penyelaras: @ziaf_damahom
Pembantu Penyelaras: @rosie.rania
Solekan: @kf_bong dibantu @eldorasd
Dandanan: @meshsubra
On @keithfoo: Jaket kulit & celana @Dior Homme
On @sallywho: Dress multicetak, Dior
Video: @bermaid & James
Props: Terima kasih En. Fahmi untuk Motosikal Triumph Tiger Cub

Keith Foo & Siti Saleha Penghias Intrend

Keith Foo & Siti Saleha Penghias IntrendKeith Foo & Siti Saleha Penghias Intrend

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Fakta Yang Anda Perlu Tahu Pasal GO SHOP Astro

Eravaganza Jajahanbola Satukan Selebriti Popular