in ,

Team Pagi Suria Nak Belanja Anda Makan Hujung Minggu Ini!

Siap Sedia Orang Lembah Klang, Team Pagi Suria Nak Belanja Anda Makan Hujung Minggu Ini!  

Setelah menjelajah ke beberapa tempat di kawasan Pantai Timur pada bulan Oktober yang lepas, kini program Team Pagi Suria Belanja Makan kembali menemui peminat di sekitar Lembah Klang pula.

Pada hujung minggu ini, 22 dan 23 Disember, bertempat di SENADA Festival Makanan Warisan Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam Team Pagi Suria akan belanja makan 50 orang pendengar pertama yang menunjukkan aplikasi SURIA yang telah dimuat turun ke telefon pintar mereka.

Team Pagi Suria Belanja Makan

Program Team Pagi Suria Belanja Makan ini juga akan melibatkan barisan penyampai SURIA seperti Issey, Fizi Ali, Feeya Iskandar, Sharifah Shahirah, Tyzo dan DJ Lin serta artis-artis jemputan seperti Nabila Razali, Ben Ladin, Luqman Faiz dan Fieya Julia.

Team Pagi Suria Belanja Makan

Malah, di SENADA Festival Makan Warisan Selangor ini juga, penyampai-penyampai SURIA turut terlibat dalam beberapa aktiviti seperti Demo Membuat Kuih Kapit dan Demo Membuat Lempeng Pisang.

Sabtu, 22 Disember
1.00 petang Demo Membuat Kuih Kapit
3.00 petang Persembahan Artis Jemputan (Nabila Razali & Luqman Faiz)
4.00 petang Team Pagi Suria Belanja Makan

Team Pagi Suria Belanja Makan

Ahad, 23 Disember
11.00 pagi Persembahan Artis Jemputan (Fieya Julia & Ben Ladin)
1.00 petang Demo Membuat Lempeng Pisang
2.00 petang Team Pagi Suria Belanja Makan


Terdahulu, Suria pernah menganjurkan program Team Pagi Suria Belanja Makan dan menjelajah beberapa kawasan di sekitar Pantai Timur Malaysia di mana pendengar dan peminat dibelanja sarapan dan makan malam serta dapat beramah mesra bersama penyampai SURIA dan artis jemputan.

“Tujuan awal penganjuran program Team Pagi Suria Belanja Makan ini adalah untuk memperkenalkan barisan penyampai slot pagi di Suria iaitu Issey, Shahrol dan Fizi Ali yang kita gelarkan Team Pagi Suria.”

Melihat kepada penerimaan baik peminat-peminat Suria terhadap program ini, Suria kembali membuat perancangan untuk meneruskan program ini ke kawasan yang tidak pernah lagi Suria pergi sebelum ini.” kata Pengurus Kanan SURIA, Roslinda Abd Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin.

Tambah DJ Lin lagi, SURIA turut mempunyai booth di mana pelbagai aktiviti akan dijalankan yang memberi peluang kepada pengunjung membawa pulang atau membeli barangan eksklusif SURIA.

Dapatkan maklumat dan perkembangan terkini berkenaan Suria di laman web www.suria.my dan juga laman sosial Facebook, Instagram & Twitter SuriaFMMalaysia.

Team Pagi Suria Belanja Makan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Percutian Indah Dalam Travelog TRAVELS WITH DARLEY

Kesinambungan ILAIKA YUSUF 2 Lakonan Azam Pitt & Sheira Ayob